Sihat

Bagus Untuk Legakan Batuk, Ini 5 Khasiat Pokok Bangun-bangun / Cuban Oregano

247
SHARES
khasiat pokok bangun-bangun

KHASIAT POKOK BANGUN-BANGUN

Daun bangun-bangun sering digunakan secara turun temurun untuk merawat batuk. Ia juga dikenali dengan nama pokok ubat batuk, Mexican mint atau Cuban Oregano.

Walaupun memiliki bau yang agak sama dengan oregano, ia bukanlah oregano yang sama digunakan dalam masakan itali. Baunya lebih wangi dan sedikit pedas serta berangin.

Ada juga yang suka makan daun bangun-bangun sebagai ulam atau dijadikan minuman seperti teh kerana aromanya yang wangi.

Antara nutrisi yang boleh dikenalpasti daripada pokok bangun-bangun ialah vitamin A,B,C, kalsium dan serat.

Selain merawat batuk, sebenarnya terdapat banyak lagi manfaat yang boleh didapati daripada penggunaan pokok bangun-bangun ini.

Jom kenali lebih dekat pokok ini.

khasiat pokok bangun-bangun

Apakah Pokok Bangun-bangun?

Pokok bangun-bangun dikenali sebagai Indian borage atau Cuban oregano. Nama saintifik pula ialah Plectranthus Amboinic.

Selain itu, ia dikenali juga dengan nama lain iaitu ati-ati hijau, kapur barus, lemuju dan Oregano India, Mangun.

Ia biasa ditanam sebagai ulaman dan penyedap rasa dalam masakan.

Pucuk mudanya dijadikan ramuan untuk sambal tempoyak. Ia juga dijadikan ramuan untuk nasi ulam.

Bangun-bangun senang membiak melalui keratan batang dan daun. Pokok ini amat mudah dijaga.

Medium pilihan ialah tanah gembur yang mempunyai pengaliran air yang baik dan terdedah kepada cahaya matahari.

khasiat pokok bangun-bangun

Khasiat Pokok Bangun-bangun / Cuba Oregano

1. Merawat Sakit Kepala

Daun bangun-bangun boleh digunakan untuk merawat sakit kepala.

Caranya ialah dengan cucikan beberapa helai daun bangun-bangun. Tumbuk daun bangun-bangun sehingga lumat. Ratakan daun yang telah lumat di bahagian dahi untuk meredakan sakit kepala.

2. Meredakan Ulser

Disebabkan kandungan vitamin C yang didapati dalam pokok bangun-bangun, ia juga didapati berkesan dalam meredakan ulser di dalam mulut.

Caranya ialah mengunyah 5 lembar daun bangun-bangun yang sudah dibasuh bersih. Kunyah dengan perlahan dan buang hampas daun. Kemudian, telan air liur.

3. Melegakan Batuk

Manfaatnya dalam melegakan batuk sudah diketahui umum sejak dahulu. Pengambilan air rebusan daun bangun-bangun mampu melegakan batuk serta meredakan kahak.

Ramai yang memilih menggunakan daun bangun-bangun kerana ia mampu memberi kesan yang agak cepat dalam merawat batuk.

4. Membantu Ibu Menyusu Memperbanyak Susu Badan

Selain popular sebagai penawar batuk semulajadi, pokok bangun-bangun juga terkenal sebagai herba yang berkesan untuk membantu para ibu menghasilkan susu ibu.

Para pengkaji juga telah membuktikannya melalui kajian terperinci.

Para ibu boleh mengamalkan pengambilan daun bangun-bangun dalam diet dengan memakannya sebagai ulam atau dimasak dalam hidangan seperti sup.

Baca juga: Cara Tambah Susu Badan Dengan ‘Homemade Milkbooster’. Cuma 3 Bahan, Sedap!

5. Melancarkan Saluran Pernafasan

Daun bangun-bangun telah digunakan secara meluas untuk merawat penyakit seperti melegakan batuk dan kahak.

Kajian mendapati daun bangun-bangun mengandungi komponen antibakteria serta komponen ekspektoran yang berfungsi untuk melancarkan saluran pernafasan yang tersumbat akibat lendir atau kahak.

Melancarkan Pembuangan Air Kecil

Herba bangun-bangun juga terkenal dengan sifat diuretiknya yang dapat melancarkan pembuangan air kecil.

Pembuangan air kecil secara normal adalah penting bagi memastikan cecair dan toksin dalam tubuh dapat dikeluarkan.

Cara Penyediaan Daun Bangun-Bangun

Cara 1 : Dibuat Jus

  1. Tumbuk daun dan perahkan airnya.
  2. Ambil beberapa helai daun bangun-bangun dan cuci sehingga bersih.
  3. Panaskan di atas kuali tanpa minyak sehingga layu.
  4. Tumbuk daun tadi sehingga lumat.
  5. Perahkan daun yang sudah ditumbuk untuk dapatkan airnya.
  6. Tapiskan supaya tiada hampas daun. Minum airnya.

Cara 2 : Direbus Sebagai teh

  1. Sediakan Air Rebusan Daun Bangun-Bangun
  2. Rebus 3 helai daun bangun-bangun dengan 2 gelas air.
  3. Tutup api apabila air sudah berkurang kepada segelas.
  4. Minum bila sudah suam. Boleh minum 2 kali sehari untuk kelegaan segera.

Cara 3 : Dimakan Sebagai Ulam / Masakan

Selain dua cara ini, daun bangun-bangun juga boleh dimakan seperti ulam atau dimasukkan di dalam masakan.

Walaupun ia lebih dikenali sebagai herba penawar batuk, ia juga baik untuk diamalkan bagi merawat masalah kesihatan lain seperti sakit kepala, melancarkan pembuangan air kecil serta membantu dalam menghasilkan susu badan.

Anda juga boleh mencuba menanam pokok herba kecil ini kerana ia mudah dibiak dengan biji benih atau keratan batang.

Selain itu, bangun-bangun juga boleh juga dimasak seperti berikut:

1) Rempah untuk memerap daging dan ikan
2) Menggantikan oregano, thyme, sage dalam masakan
3) Goreng celup tepung
4) Bahan utama untuk Cuban Black Bean Soup
5) Dimasak seperti masak daun bayam

Kegunaan Lain

Antara kegunaan lain pokok bangun-bangun ni:

1) Sabun / balm
2) Car air freshener
3) Aromatherapy / herbal infused oil
4) Natural pesticide / racun serangga organik
5) Hiasan / indoor plant (rupa-rupanya bangun-bangun ni kategori succulent sebab daunnya tebal)

6) Daun pokok bangun-bangun boleh dimakan mentah sebagai ulam atau salad. Boleh dibuat minuman seperti teh, smoothies atau infused water

Sumber rujukan :

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×