Famili

Rupanya Banyak Kegunaan! Ini 7 Khasiat Bunga Cengkih Menurut Kajian Sains

255
SHARES
khasiat bunga cengkih

7 KHASIAT BUNGA CENGKIH BERDASARKAN KAJIAN SAINS & PETUA-PETUA BERGUNA

Beribu tahun dahulu, rempah ratus termasuklah bunga cengkih mempunyai nilai setanding emas.

Sekarang, ia lebih mudah didapati dengan harga yang murah. Namun, jangan pula pandang rendah pada bunga cengkih ini.

Walaupun ia sering digunakan sebagai penyeri masakan, namun tahukah anda sebenarnya terdapat banyak khasiat yang ada dalam bunga cengkih?

Apakah Bunga Cengkih?

Nama saintifik bagi bunga cengkih ialah Eugenia aromatica.

Ia merupakan sejenis rempah yang berasal dari Pulau Moluku.

Bunga cengkih mengeluarkan aroma, digunakan sebagai rempah dalam beberapa jenis masakan dan ia boleh juga dimakan bersama daun sirih bagi menambah rasa manis dan lebih enak.

Minyak cengkih digunakan dalam perusahaan membuat ubat-ubatan dan minyak wangi. Di sesetengah negara, cengkih dicampurkan dengan tembakau dalam rokok.

Jom semak beberapa kebaikan dan khasiat bunga cengkih untuk amalan harian!

7 Kebaikan & Khasiat Bunga Cengkih Untuk Kesihatan Berdasarkan Kajian Sains

1. Baik Untuk Kesihatan Mulut

Mungkin ada antara kita selalu dengar tentang petua menggunakan bunga cengkih untuk merawat sakit gigi.

Satu kajian telah berjaya membuktikan kebolehan bunga cengkih dalam menghapuskan 2 jenis bakteria yang menyumbang kepada penyakit gusi.

Gabungan rutin penjagaan oral dan penggunaan bunga cengkih secara konsisten juga dapat mengurangkan plak dan bakteria dalam mulut.

Kredit Foto : india.com

2. Meningkatkan Ketumpatan Tulang

Semakin meningkat usia, seseorang juga lebih berisiko untuk mengalami masalah tulang rapuh atau osteoporosis. Salah satu puncanya ialah kekurangan khasiat dalam makanan yang boleh mengekalkan kesihatan tulang.

Bunga cengkih padat dengan mineral yang baik bagi menguatkan tulang iaitu manganese dan eugenol.

Dalam 2 gram bunga cengkih sahaja sudah terkandung sejumlah 30% manganese bagi pengambilan optimum harian.

tanda kekurangan kalsium

3. Mengurangkan Risiko Ulser Perut

Penyakit ulser perut atau ‘peptic ulcer’ terjadi apabila lapisan yang melindungi dinding perut terhakis.

Sebuah kajian mendapati pengambilan bunga cengkih dapat meningkatkan penghasilan mukus gastrik yang bertindak sebagai pelindung dinding perut.

Ia juga dilihat mampu memberikan kesan yang sama dengan ubat anti-ulser dalam mencegah ulser perut.

KHASIAT BUNGA CENGKIH

4. Kaya Dengan Antioksidan

Khasiat antioksida adalah penting bagi melindungi badan daripada radikal bebas dan penyakit.

Satu kajian juga mendapati eugenol yang terkandung dalam bunga cengkih juga berfungsi sebagai antioksida lima kali lebih berkesan daripada vitamin E.

Dengan pemakanan yang sihat dan amalan bunga cengkih secara konsisten pasti dapat meningkatkan kesihatan secara menyeluruh.

5. Mengurangkan Risiko Kanser

Beberapa kajian mendapati potensi antikanser yang tinggi pada bunga cengkih dengan menghapuskan pembentukan sel kanser.

Kandungan eugenol dalam bunga cengkih juga dilihat mengandungi komponen antikanser yang dapat menghapuskan sel kanser serviks.

6. Baik Untuk Kesihatan Mata

Bunga cengkih juga kaya dengan beta karoten.

Beta karoten ialah sumber vitamin A yang baik untuk kesihatan mata. ia juga merupakan pigmen yang memberi warna coklat pada bunga cengkih.

Kredit Foto : tailormadehealth.com

7. Mengawal Paras Gula Dalam Darah

Kajian lain juga mendapati bunga cengkih mempunyai khasiat dalam menstabilkan kadar gula dalam darah.

Ia berfungsi dengan menyerap gula serta meningkatkan penghasilan insulin.

Penghasilan insulin dengan baik adalah penting untuk pesakit diabetes bagi memastikan paras gula berada keadaan yang baik.

KHASIAT BUNGA CENGKIH

Petua & Lain-lain Kegunaan Khasiat Bunga Cengkih

Selain baik untuk kesihatan tubuh badan kita, tahukah anda bunga cengkih juga boleh dimanfaatkan untuk beberapa kegunaan lain seperti:

1. Menghalau Bena, Hama & Perosak Tanaman

Caranya:

Ambil segenggam bunga cengkih dan rebus dengan 1 liter air selama 15 minit ke 20 minit. Kemudian biarkan sejuk dan semburkan pada tanaman yang bermasalah.

Pada permulaan disembur 2 kali sehari pagi dan petang selepas siram pokok. Pokok akan menjadi lebih subur dan bebas gangguan makhluk perosak!

Baca juga: Petua Halau Bena, Hama & Perosak Tanaman Guna Air Rebusan Cengkih

2. Melebatkan Rambut

Untuk mereka yang ada masalah rambut, hanya ambil bunga cengkih beberapa biji dan masukkan dalam syampu.

Antaranya kesannya dikatakan boleh menghilangkan masalah kelumumur, rambut berminyak dan rambut gugur.

Sebenarnya petua ini dikatakan dari Arab untuk lebatkan rambut. Rambut kering tak ada berminyak, rasa kembang fresh dan kurang kegatalan. Rambut gugur pun kurang.

Cubalah!

3. Menghilangkan Bau Peti Sejuk

Bagi menghilangkan bau yang kurang enak pada peti sejuk, masukkan segelas kecil bunga cengkih ke dalamnya.

Ia akan memberikan bau yang wangi kepada peti sejuk.

4. Menghalau Lalat

Selain itu, anda juga boleh cuba petua menghalau lalat di persekitaran rumah anda dengan mengkombinasikan bunga cengkih bersama limau.

(Sila rujuk gambar di bawah)

Katanya sangat berkesan dan menjadikan rumah kita berbau harum semerbak!

petua halau lalat

Foto Kredit: kelliskitchen.org

Banyak Kegunaan & Khasiat Bunga Cengkih Kan?

Siapa sangka bunga cengkih yang kecil ini mampu memberikan begitu banyak kebaikan untuk kesihatan, bukan?

Jadi, jangan lupa untuk memasukkan bunga cengkih dalam masakan atau minuman untuk mendapatkan kebaikan bunga cengkih.

Sumber rujukan:

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×