Terapi

Walaupun Nampak Comel, Ini Kesan Bahaya Obesiti Pada Kucing

692
SHARES

Nampak Gebu & Comel, Tapi Ini Kesan Obesiti Pada Kucing Yang Mungkin Kita Tak Perasan!

Kucing yang gemuk dan montel sentiasa mendapat perhatian. Memang tidak dinafikan kucing yang gebu memang nampak comel.

Sesetengah pemilik kucing juga tidak mengambil berat tentang pemakanan dan berat badan kucing dan membiarkan kucing kekal gemuk kerana dilihat comel.

Namun, seperti manusia, kucing juga boleh terdedah kepada risiko obesiti. Kucing yang memiliki berat badan berlebihan boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan, kualiti hidup dan fungsi tubuh badan kucing.

Jom kita kenali kesan obesiti kepada kucing.

Kesan obesiti pada kucing

Kredit Foto : petscaretip.com

Faktor Yang Mempengaruhi Kegemukan / Obesiti Pada Kucing

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan kucing mudah gemuk. Antaranya ialah :

  1.  Jantina kucing. Kucing jantan lebih mudah naik berat badan berbanding kucing betina.
  2. Kucing yang berusia 5 hingga 10 tahun. Ketika usia ini, tahap aktif kucing mula menurun.
  3. Kucing sering diberi makan dan sering makan melebihi sukatan yang disyorkan.
  4. Kucing mengalami tekanan, gangguan mental atau emosi
  5. Kucing yang sudah melalui proses pemandulan. Seleranya boleh meningkat sebanyak 28% ke 26% berbanding dahulu.

Cara Mengenalpasti Kegemukan / Obesiti Pada Kucing

Adakah Kucing anda Gemuk ? Jom periksa badan kucing pada 4 bahagian ini :

1. Tulang Rusuk

Cuba rasa tulang rusuk kucing.

Jika susah nak jumpa maksudnya kucing anda gemuk.

2. Pinggang

Pinggang kucing yang sihat boleh dilihat bila dia sedang duduk dan terletak di bawah tulang rusuk.

Jika pinggang tidak kelihatan, bererti kucing anda terlebih berat badan.

3. Perut

Cuba perhatikan pula bahagian perut kucing.

Kucing yang mengalami obesiti biasanya mempunyai perut yang agak besar dan kadang-kala perutnya melayut bila berjalan.

4. Tulang Belakang

Kucing yang mempunyai berat badan yang sihat mempunyai tulang belakang yang boleh dirasai dan dilihat berbanding kucing yang gemuk.

Kredit Foto : cats.org.uk

6 Kesan Obesiti Pada Kucing

Apabila kucing menjadi gemuk, badannya lebih banyak menyimpan lemak kerana tenaga yang datang dari makanan yang diambil tidak digunakan sebaiknya.

Lemak yang terkumpul pada tubuh ini kemudiannya mula memberi kesan buruk kepada kesihatan kucing.
Antara kesan yang boleh dilihat pada kucing yang mengalami obesiti ialah :

1. Diabetes

Kucing yang memiliki berat badan berlebihan lebih berisiko untuk mengalami diabetes sebanyak 80% ke 90%. Kucing yang didiagnos diabetes perlu diberikan suntikan insulin setiap hari kerana badannya tidak dapat lagi memproses gula dengan baik.

2. Sistem Imun Lemah

Sistem pertahanan badan kucing juga boleh menjadi lemah jika berat badan berlebihan. Ini akan menyebabkan kucing mudah jatuh sakit dan terdedah kepada pelbagai penyakit.

3. Berisiko Mengalami Penyakit Salur Kencing

Kucing obesiti yang tidak aktif bergerak juga cenderung untuk minum kurang air dan kurang kencing berbanding kucing yang sihat. ini boleh menyebabkan masalah jangkitan salur kencing dan batu karang.

4. Kerosakan Hati

Bagi kucing yang gemuk, lemak yang berlebihan boleh menyelaputi organ seperti hati. Ini akan menyebabkan penyakit ‘hepatic lipodisis’ iaitu salah satu penyakit yang sering dihidapi oleh kucing gemuk.

Penyakit ini boleh membuatkan hati tidak dapat berfungsi dengan baik dan boleh menjurus kepada kerosakan hati.

5. Sukar Bergerak Sehingga Menyebabkan Masalah Kesihatan

Disebabkan badannya yang gemuk, kucing sukar untuk bergerak untuk menjilat badannya. Kucing yang gagal menguruskan bulunya seperti biasa boleh menyebabkan masalah kulit.

Kucing yang berlebihan berat badan juga boleh memberi kesan kepada sendinya sehingga boleh mengakibatkan arthritis. Ini boleh menyebabkan kucing semakin kurang aktif kerana sukar untuk berjalan.

Masalah kegemukan pada kucing juga boleh mengakibatkan masalah lain seperti sukar bernafas dan lemah jantung.

Kesan obesiti pada kucing

Kredit Foto : petmd.com

6. Boleh Mengakibatkan Masalah Mental

Dengan berat badan berlebihan, kucing sukar untuk bertindak dan bergerak selincah dahulu. Kucing yang tidak dapat bertindak atau bersembunyi bila dalam bahaya boleh menyebabkannya sentiasa rasa terancam dan tidak selamat.

Kucing yang tidak boleh bertindak mengikut naluri seperti biasa boleh menyebabkan tekanan mental.

Dengan diet yang sihat dan gaya hidup yang aktif, anda pasti dapat melindungi kucing anda daripada masalah obesiti. Untuk membantu turunkan berat badan kucing, anda boleh meminta nasihat daripada doktor haiwan tentang pemakanan yang sihat dan perubahan rutin agar lebih aktif.

Sumber :

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×