Satu kejadian terbaharu di Dungun, Terengganu apabila berlakunya perbuatan keji seorang bapa rogol anak yang merupakan orang kurang upaya (OKU). Lebih mengejutkan adalah perbuatan merogol ini adalah sehingga anaknya hamil!
Kejadian memalukan ini akhirnya terbongkar apabila mangsa yang masih lagi muda telah melahirkan seorang bayi. Tergamaknya hati!
Baca juga: Budak 5 Tahun Nodai Adik Kembar, Ketagih Seks Gara-Gara Ibu Kandung!
BAPA ROGOL ANAK OKU, DAH LAHIRKAN BAYI
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, kejadian itu disedari selepas remaja berusia 13 tahun itu mengadu sakit pada bahagian perut dan dikejarkan ke klinik.
Pada mulanya mangsa dibawa ke Klinik Ketengah Jaya di Dungun, selepas mengadu sakit perut namun pihak klinik terkejut selepas mendapati mangsa sebenarnya hamil.
Sangat menyedihkan apabila remaja muda yang baru berusia 13 tahun itu melahirkan seorang bayi kira-kira jam 7 malam ketika dirawat di klinik tersebut dan segera dikejarkan ke Hospital Dungun. Menurut polis, merek bertindak daripada laporan diterima, dan berjaya mengesan dan menahan suspek.
Menurut laporan Sinar Harian, suspek berusia 45 tahun yang merupakan seorang buruh telah ditahan bagi membantu siasatan. Lebih mengejutkan adalah, hasil siasatan awal mendapati mangsa telah diperkosa berulang kali oleh bapanya sejak berusia 12 tahun dan suspek juga memiliki rekod lampau berkaitan dadah.
Polis berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana jenayah rogol.
Jika sabit kesalahan, suspek berdepan hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun dan dikenakan hukuman sebatan.
*Besar betul dugaan yang terpaksa ditanggung, semoga urusan mangsa bersama bayi dipermudahkan…
Baca juga: Bayi Usia 12 Bulan Ditemui Merangkak Tepi Lebuh Raya, Si Abang Sudah Dibunuh Ibu Sendiri
Sumber: Sinar Harian