Bagi ibu bapa yang telah mendaftarkan anak berusia 6 tahun bagi sesi persekolahan tahun 1 tahun 2019 atau anak berusia 4 dan 5 tahun untuk sesi prasekolah 2019, kini anda boleh menyemak status penempatan bagi sekolah atau prasekolah yang dimohon.
Cara Semakan Keputusan Penempatan Tahun 1 Sesi 2019
Keputusan penempatan tahun 1 sesi 2019 boleh disemak mulai 1 Ogos 2018 di laman sesawang : https://public.moe.gov.my/
- Caranya, log in seperti biasa dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan.
- Jika terlupa, klik pada butang ‘lupa kata laluan’ untuk reset kata laluan dan memasukkan kata laluan baru.
- Semak status pendaftaran selepas berjaya log in.
- Sila pastikan Nombor Sijil Kelahiran/ Mykid asal dengan Nombor Sijil Kelahiran/ Mykid di dalam surat kelulusan yang dilampirkan sama semasa membuat urusan pengesahan.
- Cetak surat yang dilampirkan dan hantar ke sekolah untuk proses perakuan.
- Sekiranya tidak berjaya memohon sekolah yang diminta atau ingin menukar pilihan sekolah, ibu bapa boleh membuat rayuan penempatan boleh mulai 1 Ogos hingga 31 Ogos 2018.
Ibu bapa diminta untuk membuat pengesahan penempatan anak di sekolah yang telah diluluskan mulai 01/08/2018 hingga 30/09/2018 secara dalam talian. Sebarang kelewatan boleh menjejaskan urusan sekolah untuk menyediakan kemudahan bagi persekolahan anak atau menyebabkan penempatan anak dibatalkan.
Nota Tambahan Bagi Pemohon Di Putrajaya
* Keputusan penempatan murid Tahun 1 bagi sekolah-sekolah di Wilayah Putrajaya buat masa ini ditangguhkan sehingga dimaklumkan kelak. Bagi sebarang pertanyaan, hubungi JPWP Putrajaya di talian 03-8899 0000.
** Bagi permohonan ke Tahun Satu ambilan 2019 yang telah dibuat pada tahun 2017, permohonan Tuan/Puan perlu disemak kembali, kerana mulai tahun 2018, sekolah di W.P Putrajaya hanya membenarkan penduduk di Putrajaya sahaja untuk memohon. – Jabatan Pendidikan WP Putrajaya.
Cara Semakan Keputusan Penempatan Prasekolah Sesi 2019
Ibu bapa yang telah mendaftarkan anak berumur 4 dan 5 tahun bagi sesi prasekolah secara online, semakan status penempatan prasekolah sesi 2019 boleh disemak mulai 5 Ogos 2018 di laman sesawang : https://eprasekolah.moe.gov.my/
- Caranya, log in seperti biasa dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan.
- Jika terlupa, klik pada butang ‘lupa kata laluan’ untuk reset kata laluan dan memasukkan kata laluan baru.
- Buat pengesahan dan cetak surat yang dilampirkan untuk dihantar ke sekolah bagi proses perakuan.
- Bagi keputusan penempatan prasekolah yang tidak berjaya atau ingin diubah, rayuan penempatan prasekolah sesi 2019 boleh dimohon mulai 5 Ogos hingga 20 Ogos 2018.
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh berhubung terus dengan pihak sekolah yang dimohon.