Rumah

6 Sebab Kenapa Kucing Muntah (Buih Putih, Hijau / Kuning, Darah dll)

76
SHARES
kenapa kucing muntah

“Eh, kenapa kucing muntah ni? Normal ke kalau muntah dia macam ni?”

Kucing adalah antara haiwan yang paling biasa untuk dipelihara dalam rumah.

Mana taknya, sifat si bulus yang manja dan jinak, tambahan bulunya yang gebu-gebas gitu – memang jadi kawan baik kitalah di rumah.

Sebagai penjaga, kita perlu lebih peka dengan simptom-simptom si bulus untuk pastikan mereka sentiasa sihat.

Antara ciri kucing tak sihat ialah kelesuan, cirit birit, tak mahu makan dan muntah-muntah.

Tapi ada juga jenis muntah ni normal dan tidak perlu dirisaukan.

Jom ambil tahu lebih lanjut kenapa kucing muntah dan apa yang perlu kita buat.

6 Sebab Kenapa Kucing Muntah. Adakah Ia Normal?

1. Muntah Bulu (Hairballs)

Antara muntah yang common untuk kucing ialah muntah bola bulu (hairballs).

Muntah bebola bulu ni berpunca dari bulu-bulu yang terkumpul di dalam perut kucing.

Kalau kita perasan, kucing selalu menjilat bulu-bulu berlebihan pada badan mereka – itulah cara
mereka membersihkan diri (grooming).

Lidah mereka mengumpul bulu-bulu tu. Kebiasannnya, bulu tu tak ada masalah pun untuk melalui perut, tapi kadang-kadang ia boleh terkumpul dan membentuk bebola lalu mengakibatkan kucing kita muntah bulu.

Biasanya muntah ini berwarna kekuningan dan berbuih.

Walaupun ia perkara biasa, tapi kalau bulu itu tertinggal di dalam perut atau kucing kita nampak sakit ketika memuntahkannya, ia mungkin menandakan penyakit lain.

Kalau mereka muntah dengan kerap, segera bawa berjumpa doktor okay.

2. Muntah Makanan

Kalau kucing kita memuntahkan makanan yang belum tercerna, ia mungkin disebabkan regurgitasi.

Regurgitasi adalah pengeluaran isi perut tidak berapa lama setelah makan – sebelum makanan sempat tercerna.

Ini boleh terjadi jika si bulus makan terlalu cepat atau si bulus mengalami masalah pencernaan.

Jadi, cara untuk selesaikannya adalah dengan memastikan si bulus makan dengan kadar lebih perlahan atau beri makanan dalam kuantiti yang lebih kecil dalam satu-satu masa.

kenapa kucing muntah

3. Keracunan / Alahan

Seperti manusia biasa, muntah adalah reaksi yang terhasil secara semulajadi untuk melindungi badan, jadi kadang-kadang si bulus muntah jika ia termakan makanan yang tidak elok atau keracunan makanan.

Jika kita baru tukarkan makanan si bulus ke jenama baru tapi dia tetap muntah setiap kali kita bagi dia makan, cubalah tukar kepada makanan lain.

Mungkin makanan itu kurang sesuai atau si bulus alergik dengan bahan-bahan di dalamnya.

Tapi kalau muntah itu kerap, segeralah bawa si bulus berjumpa doktor haiwan untuk dapatkan nasihat.

kenapa kucing muntah

4. Muntah Hijau / Busuk

Jika si bulus tiba-tiba muntah hijau dan berbau busuk, kebiasaannya ia disebabkan 4 faktor iaitu

  • jangkitan,
  • keracunan,
  • masalah usus atau
  • penyakit.

Muntah hijau bukan petanda yang baik kerana selalunya ia berpunca dari faktor yang lebih serius berbanding
muntah yang lain, tambahan pula kalau si bulus nampak lemah dan tidak selesa.

Kalau warna muntah kuning pekat kehijauan, boleh jadi tanda masalah buah pinggang atau jangkitan juga.

Oleh itu, penjaga si bulus segeralah berjumpa dengan doktor jika si bulus muntah hijau dan berbau busuk.

Baca juga: 9 Tanda Kucing Sayang Kita, Walaupun Kita Bukan ‘Tuannya’ – Pakar

kenapa kucing muntah kuning

5. Muntah Cacing

Muntah cacing pula menunjukkan perut dan usus kucing ada banyak cacing.

Kebiasaannya, jika si bulus muntah cacing, perut si bulus kelihatan lebih buncit berbanding kucing-kucing biasa.

Sebenarnya, kita boleh berikan ubat cacing 3 bulan sekali kepada si bulus. Namun seeloknya minta nasihat daripada doktor atau ahli farmasi terlebih dahulu.

Muntah cacing boleh berpunca dari pengambilan makanan yang terbuka dan tercemar. Jadi, berilah makanan yang selamat untuk kucing anda.

kenapa kucing muntah rumput 1

6. Muntah Darah

Kenapa kucing muntah darah?

Sejumlah besar faktor boleh membawa kepada kemunculan hematemesis, di mana penyebab utama keadaan ini adalah keracunan arsenik.

Selalunya ini berlaku kepada kucing yang sering menangkap tikus dan hidup di jalanan.

Kadang-kadang orang meracuni tikus dengan racun tikus, dan kucing menangkap mereka dan memakannya segera.

Akibatnya, toksin dan bahan kimia berbahaya memasuki darah haiwan dengan cepat.

Dalam kes ini, tubuh kucing mula melindungi dirinya dan menyebabkan muntah. Kucing juga mungkin akan kelihatan letih dan kurang bermaya.

Jika ini berterusan, sila dapatkan nasihat doktor haiwan.

Baca juga:8 Tanda Kucing Sakit & Demam Yang Kita Kena ‘Alert’. Mungkinkah Ia Akan Meninggalkan Kita?

kucing muntah darah

Bila Perlu Risau?

Bagi sebahagian penjaga kucing, muntah bukanlah satu masalah yang besar, tapi kalau ia disertakan dengan kekerapan yang tinggi serta kelesuan dan keletihan berpanjangan – ini adalah RED ALERT.

Jadi, segeralah bawa si bulus berjumpa dengan doktor haiwan dan minta nasihat mereka ya!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×