Nur

‘Kenapa Isteri Suka Cakap Kasar Dengan Suami?’- Ini Jawapan Ustaz Azhar Idrus

81
SHARES

Sedangkan lidah pun tergigit, ini pula suami isteri. Itu merupakan antara perumpamaan yang menunjukkan keadaan ‘panas sejuk’ perhubungan suami isteri. Dalam pada itu, mesti terdapat rasa tidak puas hati yang terpendam untuk menunggu masa meluahkan atau gaduh-gaduh manja yang boleh menambahkan lagi perasaan kasih sayang. Tetapi para suami perlu mengetahui ini sebelum mereka berkahwin, bahawa wanita merupakan spesis yang sangat membahaya.

Baca juga: ‘Bukan Kubur Ye’, Ini Panduan Tanam Sayur Dalam Beg Tanah Dengan Lebih Mudah & Jimat

Kenapa selalu seorang isteri suka cakap kasar dengan suami tetapi dengan kawan-kawan dia cakap baik-baik sahaja? Itu lah ujian bagi kita (suami). Dekat Nabi nak wafat pun Nabi cerita tentang fitnah wanita. Pada haji akhir Nabi buat pun, Nabi berkhutbah tentang fitnah wanita.

Sebab itu kita (suami) kena faham, nak kahwin kena faham. Perempuan ini satu spesis yang sangat membahaya. Faham, biar kita (suami) faham dahulu. Dia ini akan bantah habis semua perkataan kita, dia akan marah kita sampai masa dia maki kita, dia minta duit kat kita lepas itu dia maki pula kita. Itu lah perempuan. Jadi kamu nak nikah, kalau nak kena sabar lah.

Biar dia lari jangan kamu yang ceraikan dia. Biar dia kutuk kamu, jangan kamu kutuk dia. Biar dia maki kamu, jangan kamu maki dia. Pasal kita ini pemimpin.

Orang perempuan begitu, kita kena faham betul dia buat itu dosa, betul dia buat itu salah tapi mereka akal tak ada. Faham. Akal kurang, agama kurang sebab itu dia banyak mengamuk.

Jangan main-main dengan orang perempuan, nampak lembut tapi kalau dia mengamuk tok imam tidur masjid terus.

Kita kena faham, kalau nak kahwin kita berkahwin dengan benda yang sangat membahaya. Sebab itu bila dia marah, dia maki hamun, dia bebel, dia mengamuk, dia kasar. Itu semua tidak pelik. Malah, kita kena terima walaupun nasihat itu penting tapi kita kena hadap.

Nabi kata, sesungguhnya orang perempuan itu datangnya daripada tulang yang bengkok. Kalau dia maki kita, tak pelik. Kena banyak bersabar, jangan kita melawan dia. Bukan takut tapi naya kat dia kerana dapat dosa kat dia. Jadi kalau dinasihat tetapi ada sahaja jawapan biarkan dia sendiri agar dia tidak bertambah dosa dan bertambah sejuk.

VIDEO PENUH

@wanwer111

Assalamualaikum..slmt mlm jumaat..#ustazazharidrus #ceramahislam #Alhamdulillah #mencariilmu #foryou #tiktokmalaysia #tiktokindonesia

♬ original sound – Wan Wan7832 – Wan Wan7832

Sumber: Tiktok Wanwer111

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×