DIY & Kraf

‘Bukan Kubur Ye’, Ini Panduan Tanam Sayur Dalam Beg Tanah Dengan Lebih Mudah & Jimat

10
SHARES

Kepada yang gemar untuk bercucuk tanam, pasti ini merupakan berita gembira kerana terdapat kaedah yang mudah dan lebih jimat untuk dilakukan di rumah. Apabila kawasan rumah terhad maka jumlah tanaman juga adalah terhad. Tetapi dengan ada cara yang mudah untuk tanam sayur iaitu tanam terus dalam beg tanah. Dengan menggunakan cara ini, akan membuahkan hasil yang lumayan sekaligus boleh menjimatkan belanja dapur.

Baca juga: 7 Tanda Anak Belum Terjebak Dengan Ketagihan Gajet, Periksa Sebelum Terlambat

PANDUAN TANAM SAYUR DALAM BEG TANAH

Tanam sayur cara ini mudah dan jimat. Sebab tak perlu buat batas. Boleh tanam sayur sebatas tanpa perlu beli pasu atau kawasan luas.

Potong bahagian atas bentuk kotak. Lipat bahagian atas sebagai penutup. Setengah jam dah siap semua. Jimat masa dan tenaga untuk orang muda berkebun.

Tekniknya:

1. Bawah plastik cucuk dengan pensil dalam 30 lubang supaya akar serabut dapat turun ke bawah dan tahan lebih lama jika kurang disiram.

2. Pastikan bila potong petak pembukaan atas, ada lebih dalam 2-3 inch dari tepi supaya tanah tak keluar kalau hujan.

3. Plastik akan mereput dalam 1 tahun, lepas itu guna balik tanah itu, dia akan lebih banyak organic matters.

4. Buat tebuk lubang bulat-bulat dalam 9 lubang satu beg, tapi rasa tak perlu kot, rugi kawasan, boleh tanam pokok rapat-rapat.

5. Boleh semai terus biji benih dalam beg tanah, kalau naik terlalu rapat boleh jarakkan.

Jom bercucuk tanam. Semoga manfaat.

Sumber: Facebook Kamariah Hashim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×