Famili

9 Punca Bayi Lambat Merangkak Yang Mama Papa Perlu ‘Alert’

1.5K
SHARES
penglihatan bayi

“Orang keliling asyik tanya je kenapa Farish ni dah masuk 9 bulan tapi masih belum merangkak. Risau kita dibuatnya…”

Bila ada anak kecil, antara soalan yang paling selalu orang tanya mestilah : “Anak kau dah pandai apa?” Risaunya bila kita tengok anak orang lain yang sebaya dah jauh lebih ‘advanced’ berbanding anak kita.

Menurut BabyCenter, seorang bayi normal biasanya akan belajar merangkak dalam usia sekitar 6-9 bulan. Dalam tempoh ini, bayi akan belajar mengimbangkan diri di atas kedua-dua belah tangan dan lututnya. Sedikit demi sedikit, bayi akan menggunakan lututnya untuk bergerak ke depan dan ke belakang dan akhirnya mampu merangkak dengan laju.

Ada pakar yang berpendapat bahawa merangkak merupakan salah satu fasa perkembangan yang penting buat bayi. Ini kerana ia dapat menguatkan otot leher, tangan dan kaki, melatih koordinasi mata bayi, serta membangunkan penglihatan binokularnya. Tak kurang juga ada juga kajian yang mengaitkan kebolehan merangkak ini dengan kesannya terhadap prestasi di sekolah kelak.

Memang ada segelintir bayi yang lambat merangkak atau tak merangkak langsung. Tahu-tahu dah pandai berdiri! Adakah ini normal? Mari kita tengok beberapa punca bayi lambat merangkak.

9 Punca Bayi Lambat Merangkak

1. Bayi Lahir Pramatang

Berbanding bayi normal yang dilahirkan cukup bulan, bayi pramatang cenderung mengalami keterlewatan dari segi perkembangan bahasa, kemahiran motor, dan perkembangan kognitif.

Oleh itu, ibu bapa perlu faham bahawa sekiranya bayi anda kini berusia 13 bulan tetapi anda melahirkan bayi 2-3 bulan lebih awal, maka usia sebenar bayi anda adalah 10 bulan. Maka, anda perlu memberi tempoh 2-3 bulan untuk bayi anda mempelajari sesuatu sesuai dengan usia sebenar mereka.

pendarahan ketika hamil

Foto Kredit: origin.amp

2. Bayi Lebih Selesa Bergerak Dengan Cara Lain

Ada bayi yang lebih suka mengengsot atau menemui cara tersendiri untuk menggerakkan tubuhnya dari satu tempat ke tempat yang lain.

Selalunya kes seperti ini bukanlah sesuatu yang patut anda risaukan. Namun, jika bayi anda hanya menggunakan sebelah badannya atau kelihatan tidak berminat untuk menggerakkan anggota tubuhnya, cubalah dapatkan penjelasan lanjut daripada pakar tentangnya.

penglihatan bayi

Foto Kredit: babycenter.in

3. Pakaian Tak Selesa

Mungkin ada ibu ayah yang tak perasan bahawa cara bayi mereka berpakaian adalah tidak sesuai atau tidak selesa untuk bayi membuat pergerakan.

Seperti kita, bayi juga boleh berasa kurang konfiden untuk merangkak apabila pakaiannya terlalu ketat atau longgar, fabriknya terlalu licin, menghalang pergerakan, dan sebagainya. Oleh itu, pastikan anda mengambil kira pakaian bayi apabila mahu melatihnya merangkak di rumah.

www.babycentre.co.uk

4. Berat Badan Bayi

Dalam sebuah kajian yang diterbitkan dalam Journal of Peadiatrics, para pengkaji mendapati bahawa salah satu faktor yang melambatkan kebolehan bayi untuk memusingkan badan, meniarap, merangkak, atau menguasai kemahiran fizikal yang lain adalah disebabkan oleh berat badannya yang berlebihan.

Berat badan bayi yang normal bergantung kepada tinggi serta usianya. Setiap bulan, semua maklumat ini akan dipantau dan direkodkan dalam buku kesihatannya.

Foto Kredit: dominicavibes.dm

5. Personaliti Bayi

Menurut Dr Sears, setiap bayi juga mempunyai personaliti tersendiri – ada yang aktif dan ada yang lebih santai. Jika dibandingkan, bayi yang lebih bersikap tenang dan relaks mungkin lebih lewat perkembangan motornya berbanding bayi yang hiperaktif. Namun, mereka juga ada kelebihan tersendiri dan cenderung lebih maju dari segi perkembangan sosial serta visual.

Foto Kredit: mamamia.com.au

6. Kurang ‘Tummy Time’

‘Tummy time’ atau waktu meniarap juga merupakan salah satu kemahiran yang perlu dilatih pada bayi. Waktu meniarap atau ‘tummy time’ boleh dimulakan dalam tempoh masa yang singkat terlebih dahulu. Pada awal latihan, biasakan bayi tertiarap selama 15-30 saat.

Memang pada mulanya bayi akan nampak tak selesa, namun latihan ini penting untuk bayi mendapatkan kestabilan serta fleksibiliti badan.

10 Cara Merangsang Otak Bayi

Foto Kredit: stockproject1.deviantart.com

7. Terlalu Kerap Didukung

Menurut sumber, bayi yang terlalu kerap didukung atau diletakkan dalam kereta sorong juga akan mengurangkan kebarangkalian untuk bayi mahir merangkak atau melakukan pergerakan sendiri.

Sebagai alternatif, sediakan ruang yang selamat dipagari atau play mat yang comel untuk merangsang bayi bermain dengan bebas dan belajar merangkak.

Foto kredit: http://mumsgrapevine.com.au/

8. Penggunaan Baby Walker 

Sememangnya penggunaan baby walker dapat memudahkan ibu-ibu memantau bayi dari semasa ke semasa. Namun, jika bayi terlalu dibiasakan bergerak menggunakan alat ini, ia mampu menghambat kemahiran bayi untuk belajar merangkak sendiri.

Dalam sebuah artikel, Dr Alan Greene mencadangkan alatan seperti exersaucer atau push toys yang dapat membantu bayi meningkatkan kemahiran otot-ototnya.

Foto kredit: Getty Images

9. Kondisi Kaki Bayi

Dalam sesetengah kes, mungkin juga bayi anda mengalami kondisi tertentu pada kakinya seperti Clubfoot mempunyai kaki yang meninjik ke bawah, melengkung dan membengkok ke arah dalam.

Bagi bayi yang didiagnos dengan kondisi ini, rawatan boleh dimulakan seawal minggu kedua kelahiran. Mengikut The Malaysian Medical Gazette, hasil yang terbaik dicapai apabila ia dilakukan dalam tempoh 9 bulan pertama kelahiran.

Foto kredit: mayoclinic.org

Pelbagai Cara Menstimulasi Bayi Merangkak

Menurut doktor, setiap bayi mengambil masa tertentu untuk mempelajari sesuatu kemahiran. Apa yang penting, pastikan ada kemajuan dari bulan ke bulan.

Dalam pada itu, ibu ayah boleh menggalakkan bayi merangkak dengan melakukan beberapa aktiviti mudah seperti:

  • Sesekali selepas mandi, anda tiarapkan bayi tanpa baju untuk memudahkan bayi anda bergerak.
  • Letakkan mainan kesukaan bayi pada jarak yang membuat anak anda menjangkau dan berusaha bergerak ke arah mainan tersebut.
  • Biarkan anak anda mengeksplorasi sekitarnya ketika sedang ditiarapkan. Jangan terlalu cepat mengangkat bayi walaupun dia kelihatan tidak selesa. Yang penting, perhatikan posisi bayi agar dia tak terjatuh.
  • Merangkak bersama si kecil sambil bermain dengannya. Tentu seronok!

Dalam kes tertentu, rujuklah perkembangan bayi anda kepada pakar jika anda rasa ada sesuatu yang tak kena dengannya. Beberapa teknik lain seperti fisioterapi dan juga senaman mungkin boleh anda lakukan atas nasihat doktor.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×