Rakyat

Anak Muntah, Cirit-Birit & Badan Kemerahan, Ini Cara Kenalpasti Susu Formula Tiruan

623
SHARES

Negara kita dikejutkan dengan berita rampasan susu formula tiruan yang melibatkan Enfalac A+ Langkah 1 pek 1.8 kg (tiga pek foil dalam setiap kotak).

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh mereka melalui laman Facebook, hasil pemeriksaan telah mengenalpasti sebilangan kecil produk yang disyaki di segelintir kedai runcit dalam kawasan geografi yang terhad di Skudai, Johor Bahru. Produk ini dipercayai dijual dalam sebilangan kecil kedai di Iskandar Puteri, Taman Mutiara Rini, Taman Orkid dan Taman Nusa Bestari. Kesemua barangan tersebut disita di bawah Seksyen 8 (2) (b) Akta Perihal Dagangan 2011 bagi tujuan siasatan lanjut.

Foto Kredit: Bernama

Ekoran daripada kes tersebut, seorang ibu tampil berkongsikan maklumat tentang anaknya yang meminum susu berkenaan. Berikut adalah perkongsian daripada Puan Seila Nawi berkenaan isu tersebut.

Pengalaman Anak Ditahan Wad 2 Minggu, Disyaki Minum ENFALAC A+ Tiruan

Semalam Allah bagi petunjuk kepada persoalan saya selama 2 bulan lebih.

Ini bukan silap Mead Johnson, saya faham.

Saya telah pon melaporkan kejadian anak saya kepada mereka hari ini. Tapi saya harap;

i. Mead Johnson Malaysia & pihak KPDNKK telus untuk membanteras sekaligus menyalurkan maklumat untuk membezakan susu tiruan ni sebab ini untuk mendidik kita sebagai ibu bapa supaya tidak terus ditipu.

ii. Sedia untuk berkongsi maklumat keputusan kandungan susu tiruan dari jabatan kimia nanti.

Oktober 2017, Anak saya, Mikael keluar masuk hospital, ingat lagi kan? Warded lebih 2 minggu. Punca masih tidak diketahui sehinggalah berita tentang susu tiruan semalam.

1. Mula Muntah-muntah

Mikael bermula dengan muntah-muntah sehingga 9 kali dalam sehari. Kenapa sampai 9 kali, saya biar sahaja ke? Saya monitor dari rumah (kalau boleh nak elakkan ke hospital), dengan harapan & doa, Mikael akan reda dari muntah tapi tidak.

*Saya bersyukur saya rekod & ambil gambar, sebab nak update suami saya yang jauh dari kami*

2. Timbul Kemerahan, Panas Pada Badan & Muka

Tengahari tu, muka & badan Mikael dah start kemerah-merahan & panas. Setiap kali keluar merah-merah tu, saya mandikan dia. Demam on off.

Menjelang jam 3pm, Mikael dah lembik, terbaring, susu pun dia tak nak minum. Jadi, saya tak fikir panjang, terus bergegas ke hospital terdekat.

Wallahi, langsung tak suspect disebabkan susu, doktor pon interview saya, hanya bertanya apa makanan tambahan (solid food) yang saya bagi pada Mikael, atau ada tak Mikael termakan apa2 sahaja dari persekitaran dalam rumah (memandangkan dia dah merangkak ke sana sini-puas fikir, saya tak ada jawapan).

Doktor terpaksa tahan Mikael di wad, sebab dehydration & untuk pemeriksaan lanjut.

Masuk ke wad, dah drip, Mikael langsung tak nak susu atau makan.

3. Cirit-Birit

Kemudian, Mikael dah mula cirit-birit. Najisnya, seumur hidup saya, itu yang paling busuk saya pernah hidu. Sangat busuk sehingga nurse tak dapat tahan baunya sewaktu proses nak ambil sampel najis untuk ujian makmal. Mikael cirit-birit 11 kali pada hari itu.

Pelbagai ujian dibuat, termasuk allergy test, result semua ok untuk Mikael, tak ada apa-apa alergi.

Setiap najis diambil untuk ujian, namun doktor masih tiada jawapan untuk punca.

Selama di hospital, Mikael masih cirit-birit & demam on off, merah2 di seluruh muka & badan sekejap ada sekejap hilang.

Kemuncaknya, selepas seminggu, Mikael dah mula berak berdarah. Doktor decide dgn prosedur antibiotik. Saya sebagai ibu akur, walaupun berat hati ni, nak masukkan macam-macam ubat dekat Mikael yang masih baby.

Oh ya, sepanjang di hospital, saya tak bagi Mikael apa-apa solid food (Ya lah, doktor suspek mungkin alergi dari makanan tambahan) TAPI Mikael masih minum susu Enfalac.

Lagipun, siapa sangka susu ada yang tiruan, lagipon Mikael bukan baru minum susu tu, dah beberapa bulan sebelum tu.

Keluar Wad Selepas 2 Minggu

Selepas 2 minggu lebih, sebab punca masih tak diketahui, Mikael dah nampak sedikit aktif, saya minta untuk discharged.

Balik rumah, dah ada perubahan pada Mikael, way more better (sebab susu Enfalac pon dah beli pek baru (beli dari kedai lain), yang beli sebelum tu dah habis-HABIS saya bagi dia minum.)

Yang tanya, saya beli dari mana, saya tak dapat nak nyatakan kat sini, sebab pihak Mead Johnson sedang menyiasat rangkaian kedai serbaneka berkenaan di sekitar Selangor ni. Kita tunggu jawapan dari mereka nanti.

Cuma nasihat saya, ibu-ibu yang masih nak teruskan anak dengan susu ni, boleh beli dari AEON & TESCO dulu, elakkan beli dari kedai-kedai ubat atau kedai rangkaian serbaneka buat sementara waktu sehingga mereka isytiharkan isu ini selesai.

Untuk saya, saya dah tukarkan Mikael dengan susu lain selepas pengalaman pahit ni.

Untuk parents, kalau anak kita ada tanda-tanda macam saya sebutkan di atas, cepat-cepat bawak anak anda ke hospital. Saya doakan anak-anak kita dielakkan dari terus menjadi mangsa.

Kesan dari susu tiruan ini, Mikael masih recover dari kemerahan di muka & badan. Saya yakin ada bahan aktif dalam susu tiruan yang belum betul-betul discharge dari badan dia. InshaaAllah slowly. Mohon doa dari semua juga untuk Mikael.

Sumber asal: Puan Seila Nawi

Cara Kenalpasti Pek Susu Tiruan

Berhubungan dengan kes yang mendapat perhatian ramai ini, sudah tentu para ibu bapa berasa risau terhadap susu formula yang diminum oleh anak masing-masing.

Oleh itu, Mead Johnson telah mengeluarkan beberapa cara mengenalpasti pek susu tiruan berbanding yang asli:

  • Cara paling mudah untuk mengenal pasti produk tiruan adalah memeriksa pek foil individu. Bungkusan Enfalac A+ Langkah 1 yang tulen kelihatan mempunyai lebih udara dalam pek. Manakala pek foil tiruan pula mempunyai udara yang kurang dan serbuknya lebih mampat.
  • Bungkusan mempunyai lipatan tajam yang ketara di kedua-dua belah bahagian sisi nya, manakala lipatan tidak ada pada pek foil tulen, seperti ditunjukkan dalam gambar di bawah.

Selain itu, Ketua Pusat Pengajian Pemakanan dan Dietetik, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Norazmir Md Nor berkata bahawa ibu bapa atau penjaga perlu mengikut aturan penyediaan yang terdapat pada tin atau kotak susu secara konsisten. Ini akan membolehkan anda mengenalpasti perbezaan rasa setiap kali membancuh susu untuk anak.

“Jika ada rasa beza lemak atau tawar sahaja, jangan berikan kepada bayi ataupun bila bagi kepada bayi dan bayi akan tolak pengambilan susu itu bila dia rasa berlainan.”

“Ia akan dapat dikesan jika yang membuat susu mengikut sukatan sama pun rasanya berbeza kerana kandungan kimia itu yang buat berbeza, bau lebih kuat,” ulas beliau melalui Astro AWANI.

Sementara itu, sekiranya pengguna menemui pek Enfalac A+ Langkah 1 1.8 kg dengan lipatan tajam pada sisi bungkusan foil dalam produk yang dibeli, sila hubungi talian pelanggan careline Mead Johnson di talian 1-800-88-3585 (Isnin-Ahad 9.00 pagi -9.00 malam) dengan segera untuk mendapat sokongan dan menerima produk gantian.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×