Famili

OHBULAN! Lancar Kempen ‘Besties, Pape Roger’, Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia!

18
SHARES
OHBULAN! Kempen ‘Besties, Pape Roger’

OHBULAN! dengan kerjasama Mental Illness Awareness and Support (MIASA) mengumumkan pelancaran Kempen Kesedaran Penyakit Mental, ‘Besties, Pape Roger’ sempena ‘Hari Kesihatan Mental Sedunia’ yang diadakan pada tanggal 10 Oktober setiap tahun.

Kempen ini sebagai usaha mewujudkan kesedaran rakyat Malaysia terhadap isu kesihatan mental. Di mana, ia akan berlangsung selama satu bulan pada Oktober ini.

Baca juga: Emosi Penat Berdepan Individu Toksik Di Tempat Kerja? Ikuti Tips Ini Dari Pakar

OHBULAN! KEMPEN ‘BESTIES, PAPE ROGER’

OHBULAN! Kempen ‘Besties, Pape Roger’

Instagram OHBULAN!

Kempen ‘Besties, Pape Roger’ Sedia Maklumat Mengenai Penyakit Mental

Dengan kerjasama erat bersama MIASA, kempen ini bertujuan untuk memberi maklumat yang tepat mengenai pengetahuan asas penyakit mental termasuk jenis-jenis, faktor risiko dan cara pengurusan yang berkesan. Kempen ‘Besties, Papen Roger’ juga bertujuan memerangi stigma dan membongkar stereotaip untuk mencipta persekitaran yang lebih prihatin dan mempromosikan kesejahteraan holistik.

Anita Abu Bakar, Presiden dan Pengasas MIASA, berkata,

“Semua penyakit mental berpotensi untuk sembuh, namun mereka perlukan satu pendekatan menyeluruh dan rawatan secara konsisten dari masa ke semasa kerana simptom selalunya akan berulang. Oleh itu, setiap individu memerlukan jangka masa yang berbeza-beza untuk sembuh.”

Beliau menambah, bahawa bukan mudah seseorang individu untuk menerima diagnosis masalah penyakit mental kerana ia hadir dengan banyak tanggapan dan label negatif. Malah, ada juga individu yang berada di dalam fasa penolakan dan hilang keyakinan diri.

Hooi Yin Yin, Ketua Operasi dan Pemasaran, TikTok Malaysia, berkata,

“Perubahan perlu dimulakan dengan dialog. Kempen ‘Besties, Paper Roger’ berakar umbi dengan kepercayaan bahawa perbualan yang jujur dan empati antara individu boleh memecahkan stigma mengenai kesihatan mental.

“Apabila kita mendorong perbualan yang jujur, ia membuka ruang kepada individu untuk berkongsi pengalaman, belajar dari satu sama lain, mencari bantuan dan jalan kepada kehidupan yang lebih sihat, selamat dan komuniti berdaya tahan.”

Noraniza Azmi, Ketua Kandungan, Rangkaian Bahasa Melayu di REV Media Group, berkata,

“Isu kesihatan mental seakan-akan topik tabu dalam kalangan rakyat Malaysia dan rata-rata masih malu ataupun tidak tahu cara untuk mendapatkan bantuan yang sewajarnya. Oleh itu, inisiatif ini diharap dapat membantu individu yang mengalami penyakit mental untuk mencari jalan penyelesaian.

“Selain itu, kempen ‘Besties, Pape Roger’ juga mahu menggalakkan komuniti untuk memahami individu yang mengalami masalah kesihatan mental melalui kandungan yang lebih mesra audiens dan mudah difahami.”

Baca juga: Tidur Cukup 7 Jam Tapi Bila Bangun Masih Penat, Amalkan 5 Tips Ini!

Perkongsian Peribadi Selebriti

OHBULAN! Kempen ‘Besties, Pape Roger’

Mengaplikasi kekuatan OHBULAN! sebagai Laman Sosialtainment nombor satu di Malaysia, pihak editorial menemubual beberapa selebriti terkemuka tanah air untuk berkongsi pengalaman mereka menangani isu penyakit mental.

Azyan Shorlokman, Pengurus Kempen “Besties, Pape Roger” yang juga merupakan penulis kandungan di portal OHBULAN!, berkata,

“Pihak editorial sangat berbesar hati apabila ramai selebriti dan juga pempengaruh terkenal tampil untuk berkongsi pengalaman peribadi mereka. Antaranya ialah Nadia Brian, Zynakal, Sharifah Sakinah, Shuhada Shukri, dan Ayu Hot FM.”

Beliau turut menekankan bahawa penting untuk umum mengetahui bahawa penyakit mental ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Oleh itu, pesakit tidak perlu malu untuk mendapatkan bantuan yang sewajarnya.

Laman Sesawang Khas Kempen ‘Besties, Pape Roger’

Selain daripada kandungan artikel, video dan media sosial khas untuk kempen, OHBULAN! menyediakan satu laman sesawang eksklusif berserta aplikasi yang membolehkan individu untuk meluahkan perasaan secara anonim.

Menerusi platform tersebut, audiens dapat berkongsi kisah mereka tanpa rasa risau kerana tiada maklumat peribadi diperlukan.

Bagi maklumat lanjut, sila layari www.ohbulan.com/BestiesPapeRoger .

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×