Famili

Kematian Kanak-kanak Akibat Covid-19 Meningkat, Ibu Bapa Jangan Culas!

2.5K
SHARES
kes covid-19 kanak-kanak

KES KEMATIAN KANAK-KANAK AKIBAT COVID-19 MENINGKAT, MULA LIBATKAN KATEGORI 5

Kematian bayi, kanak-kanak dan remaja akibat Covid-19, tahun ini meningkat seiring pertambahan kes jangkitan ke atas golongan itu.

Menurut data dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dilaporkan oleh Harian Metro bertarikh 2 September 2021, sebanyak 41 kematian direkodkan sejak Januari hingga 30 Ogos lalu, berbanding hanya enam kematian pada 2020.

Data itu juga mencatat sejumlah 322,694 orang menjadi pesakit cilik Covid-19 sejak pandemik bermula hingga 30 Ogos 2021.

Kematian Kanak-kanak Akibat Covid-19 & Peningkatan Jangkitan Di Kalangan Kanak-kanak

  • Tahun lalu, terdapat 12,620 jangkitan membabitkan 0-17 tahun, manakala 310,074 jangkitan dilaporkan dalam kalangan golongan itu pada tahun ini.
  • Mengikut pecahan, terdapat 3,180 kes jangkitan ke atas mereka berusia 0-4 tahun tahun pada 2020, dengan jumlah itu meningkat kepada 81,168 tahun ini.
  • Kadar kematian golongan itu tahun lalu pula adalah 0.09 atau tiga kematian, berbanding 15 kematian (0.02) tahun ini.
  • Bagi usia 5-6 tahun, sebanyak 1,227 kes jangkitan tahun lalu dan tiada kematian direkodkan, namun tahun ini ada 32,996 kes jangkitan termasuk satu kematian.
  • Selain itu, golongan kanak-kanak 7-12 tahun mencatat peningkatan drastik dalam jumlah jangkitan tahun ini iaitu 106,828 kes, berbanding 4,071 kes tahun lalu.
  • Dalam tempoh itu juga, sembilan kematian direkodkan berbanding hanya satu tahun lalu.
  • Kategori usia 13-17 tahun pula menyaksikan peningkatan ketara tahun ini dengan 89,087 kes dan 16 kematian berbanding, 4,142 kes serta dua kematian pada 2020.

Baca juga: 9 Gejala Awal & Tanda Covid19 Pada Kanak-Kanak – KKM

Libatkan Masalah Radang, Menjejaskan Fungsi Hati

Sementara itu, dalam sebuah hantaran di Facebook, seorang doktor turut meluahkan rasa bimbang kerana menurut beliau, kes Covid-19 di kalangan kanak-kanak semakin meningkat di hospital, dan kekerapannya lebih tinggi serta melibatkan kategori 5 yang dahulunya jarang berlaku.

Diharapkan ibu bapa terus menjaga SOP dan tidak culas walaupun telah diberi kelonggaran, terutamanya dengan peralihan ke Fasa 2, 3 dan seterusnya.

kematian kanak-kanak akibat covid-19

Sumber: Dr Rashdan Mohamed

Berikut kami kongsikan coretan Dr Rashdan Mohamed untuk makluman bersama:

“Entahlah, saya pun tidak tahu…”
Oncall malam ini. Rasa letih sangat. Tak tahu mana lagi penat – fizikal, mental, emosi, semuanya.. 

Kami dapat lagi kes kanak-kanak, bayi 3 bulan, positif COVID-19, category 5, perlu bantuan pernafasan
Xray dada, “tak cantik” seperti biasa

Semua ahli keluarga positif COVID-19. Ada yang kategori 4 juga. Pastinya, penularan dalam keluarga
Bayi 3 bulan. Positif. Cat 5. Ventilated. Semua orang sedih 

Tanda radang amatlah tinggi. Hati pun terjejas fungsi. InSyaAllah, kami ikhtiarkan. Sedaya mungkin. Kun fayaa kun, tetap milik Allah 🤲

Ramai tanya saya
– kita tengah puncak ke doktor? Atau belum lagi? Entahlah, saya pun tak tahu…
– akan jadi lebih teruk kah gelombang ini? Di negeri ini? Entahlah, saya pun tak tahu
– ramai ke yang akan ambil vaksin? Entahlah, saya pun tak tahu
– betul ke ramai orang tak patuh SOP? Entahlah, saya pun tak tahu
– betul ke ada ibu bapa bawa anak kecil ke sana sini? Entahlah, saya pun tak tahu
– akan makin ramai ke pesakit kanak-kanak dengan cat 4 – 5?, atau radang MIS-C?

Entahlah, saya pun tak tahu

Saya faham kegusaran mereka. Saya pun takut memikirkannya
Tapi ramai yang masih rasa “kebal” menyangka, “Ah, COVID-19 ini tak akan kena pada kami & keluarga kami!” Sehinggalah, mereka jadi sebahagian dari statistik itu

Entahlah, saya pun tak tahu

Kalau dulu, jarang² dapat kes kanak-kanak, apatah lagi category 4 atau 5, sekarang, selang 2 – 3 hari, pasti ada satu. ICU kanak-kanak kami bersilih-ganti pesakit. Bayi. Kanak-kanak. Cat 5. Radang. Xray teruk. Fungsi organ terganggu. Semua ada

Selisih dengan pakar dewasa. Dorang pun sama. Pasrah
Pesakit muda-muda lagi. Umur 20an. Umur 30an. Umur 40an. Dah ada yg BID. Ramai yang lambat dapatkan rawatan. Bahaya. Datang-datang dah teruk sangat. Ada yang tak sempat (maka BID)

Secara statistik, Alhamdulillah, dengan izin Allah, atas ikhtiar team COVID (dewasa dan kanak-kanak), kadar mortaliti (kematian) kami, “tidaklah setinggi negeri lain”, namun, kita semua faham, satu nyawa itu pun sudah begitu berharga. Ada hilang suami. Hilang isteri. Hilang ayah dan ibu. Ada anak kecil jadi yatim, jadi piatu.

Entahlah, saya pun tak tahu

Malam-malam September ini, sejuknya mencengkam kalbu. Boleh kah kita “survived” September ini? Apakah Oktober akan beri sinar baru? Yang pasti November, air bah biasanya mengalir beralun sendu
Entahlah, saya pun tak tahu

Yang saya tahu, saya dah cuba berikhtiar sedayanya
Anda, bagaimana?

*Sumber asal: Facebook Rashdan Mohamed

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×