Famili

Keluar Dari Kereta Ketika ‘Bergaduh’ Dengan Isteri, Ini Tips Kawal Marah Suami Boleh Ikut

60
SHARES

Bila anak sedang membesar pastinya macam-macam ragam mereka kan? Kadang-kadang, bila lihat gelagatnya geli hati, tapi ada juga perbuatannya yang menguji kemarahan kita. Itu yang selalu kena marah kalau dia buat sesuatu yang salah.

Sebenarnya, semua anak-anak mempunyai ‘kenakalannya’ yang tersendiri. Ia adalah proses tumbesaran mereka yang normal. Sebab itulah, ibu bapa perlu sentiasa bersabar dengan kerenah anak-anak. Kalau nak marah biarlah berpada-pada jangan sampai pukul memukul!

Tapi, bukan mudah sebenarnya nak menahan sabar dengan kerenah anak, kita juga manusia biasa yang sentiasa diuji. Namun, kita boleh mengawal kemarahan kita dengan cara yang bijak.

Mungkin perkongsian oleh bapa dan juga seorang doktor ini, Kamarul Ariffin Nor Sadan tentang bagaimana dia sendiri mengawal kemarahannya terhadap anak-anak boleh dicontohi oleh semua ibu bapa di luar sana.

Gara-gara anak mematahkan bingkai cermin mata

Tiba-tiba anak aku yang umur 4 tahun tu masuk bilik, lepas tu kata “Nah, Ayah. Weena dah patahkan” sambil buat muka bangga.

Mendidih darah aku tengok.

Jap lagi dia kata pula “It’s OK, you’re a doctor. You can fix it”.

Tadi mendidih, ni meluap terus darah aku.

Keluar rumah untuk meredakan kemarahan

Aku terus keluar bilik, turun bawah, keluar rumah, naik kereta, keluar pagar, pergi Puteri Mart (pasar). Aku orangnya macam tu, kalau aku tengah marah sangat, aku akan diamkan diri atau pergi bawa diri.

Aku tahu, kalau aku mula cakap dalam keadaan marah, selalunya aku akan naik suara, lepas tu kadang-kadang naik tangan.

Jadi, lepas kahwin, aku cuba ambil pendekatan untuk diam atau menyendiri. Selalunya tak lama pun aku akan membisu dan menyendiri.

15 minit cukup.

Tahu cara terbaik untuk kawal marah

Foto:Pa&Ma

Lepas dah OK dan waras, baru aku akan buka mulut. Masa baru mula kahwin dulu, aku sampai keluar kereta semasa kereta di lampu isyarat.

Masa tu bini aku yang memandu. Entah apa yang kami gaduhkan, tapi rasanya aku yang salah, namun masa itu ego aku tinggi. Mana nak mengaku salah. Jadi berbalah lah sikit.

Bila sampai lampu isyarat merah. Aku terus keluar kereta sebab aku tak nak aku cakap benda bukan-bukan atau menipu agar aku menang perbalahan tu.

Sempatlah aku jalan kaki 5 minit di jalan raya sebelum bini aku kutip aku balik. Ya, 5 minit je aku perlukan untuk aku tenang dan waras kembali. Itu cara aku kekang diri aku dikuasai amarah.

Isteri dah tahu perangainya

Biarlah orang nampak kita lemah, melarikan diri. Asalkan kita menang dengan peperangan sebenar, iaitu melawan amarah kita sendiri. Kemenangan itu lebih besar maknanya.

Sekarang bini aku pun dah masak dengan perangai aku. Kalau aku diam, maknanya aku tak setuju atau marahlah tu. Tak perlu pujuk pun, lepas 15 minit nanti aku OK lah balik.

Aku tak berapa suka marah anak. Sebenarnya baguslah dia mengaku dia buat salah. Jadi tak perlu marah gila-gila sehingga dia jadi orang yang takut nak mengaku salah. Kan?

Tapi itulah, ada masa terlepas juga amarah tu. Hahaha.

Setiap orang perlu sela masa berlainan untuk kembali sejuk. Ambillah masa secukupnya, tapi jangan sambung dengan rajuk. Nanti jadi lama sangat.

Bagus sebenarnya cara doktor ini mengawal kemarahan. Kalau kita melayan nafsu amarah pasti akan timbul masalah lain seperti memukul anak, menengking dan sebagainya. Padahal, anak masih kecil dan dia masih kurang tahu tentang perkara yang salah dan betul. Didiklah anak dengan penuh kasih sayang ya!

Sumber: Kamarul Ariffin Nor Sadan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×