Business

Kekal Pilihan Utama, Media Prima Catat Peningkatan Keuntungan Walaupun Berdepan Pandemik

2
SHARES

Kumpulan Media Prima Berhad hari ini mencatatkan keuntungan selepas cukai berjumlah RM11.8 juta untuk suku ketiga. Berita baiknya adalah perolehan ini meningkat sebanyak 1% kepada RM268.8 juta bagi 3QFY20, berbanding RM265.5 juta bagi 3QFY19, meskipun berdepan landskap ekonomi yang lebih sukar susulan kesan pandemik global.

UNTUNG MENINGKAT, HANYA MENYUSUT 7% DALAM SEMBILAN BULAN

Bagi tempoh sembilan bulan tahun kewangan 2020 (“9MFY20”), perolehan Kumpulan berjaya dipertahankan dan hanya menyusut sebanyak 7% kepada RM743.5 juta berbanding RM801.4 juta yang dicatatkan tahun lalu (“9MFY19”). LAT berkurang sebanyak 54% kepada RM36.2 juta pada 9MFY20 berbanding kerugian sebanyak RM79.2 juta bagi tempoh perbandingan.

Inisiatif-inisiatif transformasi perniagaan Media Prima yang sedang dilaksanakan melibatkan kajian semula model-model perolehan, mengurangkan ketidakcekapan kos, dan penyatuan aset bagi mengukuhkan fokus setiap platform. Jenama-jenama digital dan perdagangan telah disatukan di bawah REV Media Group dan WOWSHOP, dengan matlamat untuk mencapai sinergi dan untuk mengukuhkan kedudukan pasarannya.

Bagi tempoh sembilan bulan dalam kajian, REV Media Group mencatatkan peningkatan perolehan sebanyak 14% kepada RM60.6 juta berbanding RM53.2 juta perolehan bagi tempoh dalam perbandingan. REV Media Group terus menambah pelaburan dalam segmen e-sukan melalui ​Squad Up​, iaitu kejohanan PUBG ​mobile yang dihoskan melalui usahasama dengan YouTube Malaysia dan juga ditaja oleh McDonald’s dan Samsung. Squad Up menampilkan lebih 250 pasukan dan menjangkau lebih 600,000 tontonan di saluran rasmi YouTube TV3.

SEMASA KRISIS, RAKYAT BERGANTUNG INFORMASI KEPADA MEDIA PRIMA

Dato’ Iskandar Mizal Mahmood, Pengarah Urusan Kumpulan, Media Prima Berhad berkata:

“Impak pandemik Covid-19 dan seterusnya perintah kawalan pergerakan telah memberi kesan kepada perniagaan, terutamanya perolehan periklanan, produksi dan ketersediaan bekalan kandungan. Saya amat berbangga dengan pasukan kami yang telah bersama-sama tampil dengan semangat kental untuk mencari kaedah yang kreatif dan berfikir di luar kotak bagi meneruskan operasi perniagaan dalam tempoh yang sukar ini. Disebabkan usaha gigih mereka ini, Kumpulan berjaya untuk terus menyampai, memberi ilham, mengajar dan menghiburkan rakyat Malaysia semasa pandemik tanpa menjejaskan kualiti kandungan yang dipersembahkan.”

Bukan itu sahaja, semasa krisis, rakyat Malaysia bergantung kepada Media Prima dimana para pembaca dan penonton mahukan sumber maklumat yang boleh dipercayai bagi mendapatkan perkembangan terkini dan panduan untuk kekal selamat. Di samping menyampaikan laporan berita yang bermakna semasa krisis, MPB turut melancarkan kempen derma Tabung Bantuan Kemanusiaan Covid-19 pada bulan Mac untuk membeli peralatan perubatan yang amat diperlukan oleh hospital-hospital kerajaan yang terpilih di seluruh negara.

Bagi menaikkan semangat para penonton semasa menghadapi pandemik ini, MPB turut menyertai inisiatif ​Super Stream Malaysia dengan menayangkan program drama dan komedi popular untuk jangka masa yang terhad di YouTube. Kejayaan dan kemampanan ini adalah penting dan akan terus menyampaikan kandungan yang relevan dan berkualiti, selain meningkatkan kecekapan operasi. Bukan itu sahaja, MPB akan terus berusaha untuk memberikan nilai yang terbaik kepada semua pihak berkepentingan.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×