Cantik

Kekal Cantik Seperti Scha Alyahya Dengan Bio-Essence!

4
SHARES

Pada 26 Julai yang lalu, Bio-Essence telah mengadakan tayangan premium filem aksi, Mission Impossible- Fallout. Yang menariknya, bintang pujaan ramai, Scha Alyahya turut menghadirkan diri di sesi tersebut sebagai duta kepada Bi-Essence.

Berkesempatan menemubual Scha Alyahya, admin sempat bertanyakan tips kecantikannya. Baca lanjut untuk tahu rahsia Scha kekal cantik walaupun sibuk dengan kerjaya dan menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu.

“Scha selalu praktis supaya basuh muka sebelum keluar atau selepas pulang dari mana-mana. Kedua, Scha akan rajinkan diri untuk scrub kulit muka supaya tiada kotoran melekat. Ketiga, Scha wajib lembapkan muka dengan moisturiser. Keempat, wajib pakai sunblock selalu.

“Selain daripada itu, Bio-essence banyak membantu Scha juga. Bukan sahaja membantu mengurangkan kedutan, malah meremajakan kulit, mengelakkan kulit kusam dan menghilangkan garis-garis halus. Antara yang Scha suka guna adalah Bio-Gold Golden Ratio Double Serum. Korang trylah!.” katanya.

Untuk pengetahuan anda, Bio-Gold Golden Ratio Double Serum adalah kombinasi Golden Serum dan Gold Oil yang mempunyai efek anti oksida yang amat membantu untuk mencegah radikal bebas sekaligus menghasilkan kulit yang licin berseri.

Jadi, apa lagi, korang boleh dapakan Bio-Gold Golden Ratio Double Serum untuk jadi cantik seperti Scha Alyahya!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×