Sihat

Elak Anak Asyik Mengantuk Bila Ke Sekolah, Rupanya Boleh Amalkan Makan Epal Merah

14
SHARES

“Ala, mengantuknya nak pergi sekolah..”

Itulah ungkapan yang sering keluar daripada mulut anak terutama ketika sekolah rendah kerana tidak mahu bangun ke sekolah akibat terlalu mengantuk.

Untuk mengelakkan anak-anak tidak mengantuk bangun ke sekolah, ibu bapa boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Puan Ainini Zainal di laman Facebooknya iaitu dengan memberi epal merah.

Baca juga: ‘Asyik Garu Je..’- Doktor Kongsi Cara Rawat & Cegah Masalah Cacing Si Anak

ELAK ANAK ASYIK MENGANTUK BILA KE SEKOLAH, BOLEH AMALKAN MAKAN EPAL

Anak-anak tak perlukan kafein daripada minuman kopi dan sebagainya untuk bagi mereka segar nak ke sekolah. Bagi mereka epal. Epal merah. Yang hijau kurang sesuai untuk perut anak.

Epal adalah caffeine-free, ia mempunyai natural sugar yang memberikan kesan serupa seperti kafein pada badan. Khasiat vitamin daripada epal akan bertindak sebagai bahan yang akan ‘stimulate’ badan anak untuk segar dan tak buat mereka mudah mengantuk.

Lebih kurang 13g natural sugar ini, tidak seperti kafein, yang biasanya akan mencetuskan isu seperti mood swings atau anxiety bagi sesetengah yang mengambil kopi. It’s an apple with lots of goodness.

Badan anak rasa bertenaga sebab tenaga daripada natural glucose tu dan ia dihadamkan dengan baik di samping baik untuk sel sel badan anak.

Sistem penghadaman anak juga lebih sihat dengan pengambilan epal pada waktu pagi. Antara contoh menu epal yang lain untuk anak selain daripada makan begitu terus sebiji:

– Makan bersama homemade Granola, potong kecil dan hidangkan bersama.

– Makan bersama overnight oat.

– Cincang dan curahkan sedikit madu dan taburkan Chia Seeds.

– Jadikan Apple Pancake dan serve sekali bersama hirisan epal fresh sama.

– Jadikan smoothie.

Epal kaya nutrien, vitamin, phytonutrients, antioksidan dan serat yang membantu badan kekal cergas. Nak jadikan epal sarapan setiap hari pun bagus sangat, sebab ia ada lebih kurang 90 kalori (kalau saiz sederhana) dan sangat sesuai dijadikan sarapan sebelum ke sekolah.

Sumber: Facebook Ainini Zainal

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×