Kini Trending

Kanak-Kanak Lelaki 4 Tahun Maut Didera Kakak Kandung & Rakan

6
SHARES

Di Batu Pahat, Johor Bahru, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia disyaki angkara didera. Kejadian itu berlaku pada Jumaat lalu dan menurut Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 6.40 petang semalam selepas empat hari bertarung nyawa di Hospital Sultan Ismail (HSI).

Baca juga: Kanak-Kanak Perempuan Maut, Lemas Mandi Di Taman Tema Air

KANAK-KANAK LELAKI 4 TAHUN MAUT DIDERA KAKAK KANDUNG

Pengadu lelaki berusia 23 tahun membuat laporan polis memaklumkan mangsa pengsan di rumahnya dan dibawa ke klinik di Senggarang dan pada hari yang sama mangsa dirujuk ke HSI.

Pada 24 Disember, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat berjaya menahan lima individu berusia 15 hingga 37 tahun yang merupakan kakak kandung, pengadu serta rakan kakak mangsa.

“Mereka terdiri daripada dua lelaki dan tiga wanita disyaki terlibat dalam kes dera berkenaan,” ujarnya.

Sekadar gambar hiasan

Difahamkan, mangsa dijaga oleh kakak kandung selepas kedua-dua ibu bapa mereka dimasukkan ke penjara kerana kes dadah.

Kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula 25 hingga 31 Disember ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Kes ini pada mulanya disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 namun polis mengklasifikasikan semula kes akibat kematian mangsa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Kosmo Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×