Kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun disahkan meninggal dunia selepas lemas ketika mandi di taman tema air terletak di Alor Gajah, Melaka.
Kejadian itu berlaku kira-kira jam 3.15 petang Selasa ketika bermandi-manda di tepi kolam berdekatan dengan pulau buatan di kawasan tersebut.
Baca juga: Apa Perlu Buat Jika Anak Lemas? Ini 6 Langkah Kecemasan Mak Ayah Kena Tahu
KANAK-KANAK PEREMPUAN MAUT, LEMAS MANDI DI TAMAN TEMA AIR
Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di Hospital Alor Gajah, lapor Utusan.
“Mangsa datang ke taman tema air itu bersama ibunya yang mengikuti rombongan komuniti terdiri daripada 79 buah keluarga dari Kampung Sungai Tuan Seh, Tanjung Sedili, Johor.
Mangsa difahamkan lemas ketika melakukan aktviti dan diselamatkan oleh petugas untuk melakukan bantuan, namun kanak-kanak tersebut disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke hospital
Kolam renang tersebut berombak dan akan bergelombang selama 10 minit bagi setiap 20 minit. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sumber: Utusan