Asuh

Kalau Nak Guna Buaian Untuk Anak Boleh, Tapi Ada Syaratnya…

14
SHARES

Penggunaan buaian sebagai salah tempat tidur bayi sudah lama diamalkan. Kalau dahulu, tali buaian akan digantung di siling rumah sahaja tetapi sekarang, pembuatan buainan bayi sudah semakin moden. Namun, sejak dua menjak ini ada sesetengah pihak yang mengatakan bahawa penggunaan buaian sebenarnya dapat menganggu perkembangan bayi kerana terganggu dengan pergerakan dan hayunan buaian. Betul ke?

Berikutan kes berlaku baru-baru ini membabitkan seorang bayi yang maut leher tersangkut kain buaian, ramai dalam kalangan ibu bapa yang risau sama ada selamat atau tidak penggunaanya. Berikut merupakan penjelasan dari pakar, jika anda masih mahu menggunakan buaian untuk anak-anak.

Baca juga: Kanak-Kanak Maut Leher Tersangkut Buaian Di Pusat Jagaan

KALAU NAK GUNA BUAIAN BOLEH, TAPI ADA SYARATNYA…

Kajian perubatan masa kini yang menunjukkan bahawa ada risiko kecederaan jika bayi dibuaikan, jadi ramai ibu bapa mula elakkan buai digunakan kepada anak-anak mereka. Kalau nak juga gunakan buai, boleh tak? Boleh, tapi ada syaratnya:

1. Elakkan guna buai henjutan. Gunakan buai ayunan. Radius ayunan harus kecil dan dibuai dengan lembut, tidak laju atau mengejut.

2. Anak hendaklah sentiasa di bawah pemantauan ibubapa atau penjaga. Jangan tinggalkan anak sendirian di dalam/atas buai.

3. Buaian adalah alat untuk aktiviti, bukan tempat tidur. Guna semasa anak berjaga. Bila sudah tidur, alih ke tempat tidur yang selamat.

4. Perlu tahu apa risikonya. Kecuaian penggunaan buai, boleh membawa kepada kecederaan serius serta kematian anak anda.

Sebenarnya, ada kajian perubatan yang menunjukkan bahawa penggunaan buai amat penting dalam membantu perkembangan kanak-kanak (bukan bayi) yang optimum. Bermain buaian dapat membantu perkembangan fizikal serta neuro-sensori, seperti: vestibular (keseimbangan), proprioception (posisi tubuh) dan visiospatial(keberadaan).

Perkembangan neuro-sensori ini memastikan kanak-kanak membesar menjadi seorang dewasa yang tinggi ketahanan fizikal, cekap dalam tugasan, dan mudah belajar sesuatu kemahiran. Selain itu, ia juga melatih kanak-kanak tentang penilaian risiko. Jika kita tak benarkan kanak-kanak mengambil dan terdedah kepada risiko, maka keberanian dan keyakinan akan terbantut.

BERI BANYAK MANFAAT KEPADA PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Memandangkan ia banyak memberi manfaat kepada perkembangan kanak-kanak, buaian adalah permainan yang pasti ada di taman permainan, selain jongkang-jongkit dan papan gelongsor. Permainan itu semua merangsang sistem neuro-sensori dengan mendedahkan kanak-kanak kepada pergerakan vertikal(atas-bawah), linear(sejajar), putaran(rotary), ayunan(swing).

Kebanyakan taman permainan masa ini telah direka untuk mengurangkan risiko kecederaan. Ia menggunakan rekaan, material dan material yang lebih selamat. Ia juga lebih inklusif kepada semua.

Kesimpulannya, buaian boleh mendatangkan mudaratan dan ada juga mendatangkan kebaikan. Jadi, kita kena tahu bagaimana menggunakannya dengan selamat.

Nota Ringkas

❎Bayi = tak digalakkan guna buai
✅Kanak-kanak = digalakkan main buai

Semoga bermanfaat.

Sumber: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan, Kesihatan dan Perubatan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×