Rakyat

Kanak-Kanak Maut Leher Tersangkut Buaian Di Pusat Jagaan

104
SHARES

Terbaharu, kejadian menyayat hati berlaku di Seremban apabila seorang kanak-kanak perempuan ditemui meninggal dunia selepas dipercayai lehernya tersangkut pada kain buaian. Insiden tersebut berlaku di pusat jagaan kanak-kanak di Taman Nusari Aman 2, Bandar Sri Sendayan, semalam.

Baca juga: Cikgu Kongsi Situasi Budak Darjah 1 Masuk Tandas, Mak Ayah Kena Ajar Awal!

KANAK-KANAK MAUT TERSANGKUT BUAIAN

Gambar hiasan.

Menurut laporan Harin Metro, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, dalam kejadian itu, kanak-kanak berusia 15 bulan terbabit sebelum itu ditidurkan di dalam buaian berkenaan oleh pengasuh di dalam bilik.

“Hasil siasatan awal mendapati, kanak-kanak itu diberikan susu sebelum ditidurkan kira-kira 12.30 tengah hari. Pengasuh berkenaan keluar dari bilik itu jam 2 petang untuk melakukan tugas lain.”

Menurutnya lagi, pengasuh masuk semula ke bilik sejam kemudian dan mendapati kanak-kanak itu dalam keadaan kepala tersangkut pada kain buaian. Bahaya!

PENGASUH SEMPAT LAKUKAN CPR

Beliau berkata, dalam kejadian tersebut pengasuh terus mengambil kanak-kanak itu daripada buaian dan melakukan bantuan kecemasan pernafasan (CPR) tetapi mangsa gagal bernafas semula dan pengasuh terus membawa kanak-kanak itu ke Klinik Kesihatan Sendayan.

“Kanak-kanak itu sempat dirawat doktor, namun disahkan meninggal dunia pada 4.30 petang oleh doktor bertugas,” katanya.

Malangnya, hasil siasatan mendapati kanak-kanak itu dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri dan mayatnya dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), di sini, untuk bedah siasat bagi siasatan lanjut.

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×