Famili

Jenama Susu Hijrah Derma 500 Kotak Rezeki & 50 Set Katil Hospital

297
SHARES

Pandemik yang melanda dunia kini telah melumpuhkan semua ekonomi dan sektor kesihatan merupakan antara sektor yang paling terkesan. Keadaan ini memaksa sesetengah syarikat untuk memberhentikan pekerja mereka dan meninggalkan sebahagian besar daripada pekerja kehilangan punca pendapatan.

Masa-masa macam ni lah yang kita perlukan sokongan daripada syarikat-syarikat lain untuk membantu! Produk Jenama Hijrah tampil dengan bantuan team Titipan Kasih Harian Metro untuk menghulurkan bantuan!

Bukan sahaja menyediakan kotak rezeki tapi mereka juga menderma katil untuk hospital-hospital yang memerlukan!

Sinonim dengan maksud perkataan ‘Hijrah’, ini merupakan masa terbaik untuk saling bantu membantu

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, Hijrah membawa maksud berubah untuk menjadi sesuatu yang lebih baik, perhijrahan perbuatan atau perihal berhij­rah. 


Sama lah macam produk Hijrah ni! Mereka ingin memberikan gambaran terbaik seiring dengan nama produk mereka dengan berikan kembali kepada masyarakat di saat-saat sukar ni. Tak kira lah kumpulan masyarakat ataupun individu, jika mereka memerlukan kenalah kita tolong kan?

Bila satu orang buat kebaikan, 10 orang akan tengok dan mungkin separuh dari mereka akan buat benda yang sama kan? Dari situ kebaikan tersebut akan dipanjangkan dan lagi ramai orang yang memerlukan dapat dibantu!

Keluarga B40 yang terkesan juga akan menerima kotak rezeki!

Bukan itu sahaja, tetapi team Hijrah juga menyediakan 500 kotak rezeki yang bernilai RM150 setiap satu kotak untuk diberikan kepada insan-insan yang terkesan dari kategori B40. Mereka juga akan dipilih atas nasihat JKM supaya mereka yang menerima kotak rezeki ini sememangnya orang yang betul-betul memerlukan. 

Kotak rezeki tersebut mengandungi Susu Pekat Hijrah, Susu Cair Dairy Champ, Susu UHT Goodday dan barang-barang keperluan lain seperti beras, minyak masak, biskut, makanan tin, shampoo, sabun, sabun baju dan sebagainya.

Kehilangan suami kerana Covid-19, gaji dipotong merupakan antara masalah yang penerima hadapi

Nur Hidayah Binti Abdullah, 35, yang bekerja sebagai penasihat kecantikan di sebuah farmasi mengatakan bahawa pandemik ini menyebabkan gaji beliau dikurangkan dan hanya mendapat gaji pokok sahaja menyebabkan beliau agak terkesan. Beliau juga terpaksa menjaga sendiri anak beliau yang sebelum ini dihantar dirumah pengasuh kerana kekurangan wang.

“Kotak Rezeki ni banyak membantu saya dan keluarga. Anak bongsu saya tidak dapat bekerja ketika PKP ni jadi, apa bila bantuan ni diberikan, ia meringankan beban kami sekeluarga. Majlisnya juga dilakukan dengan penuh SOP dan barangan yang diberikan sememangnya memenuhi kelengkapan asas yang diperlukan”

                                                             – Mohamad Ilyas bin khalil, 57, pesara tentera 

Seperti yang kita tahu, Covid-19 telah banyak meragut nyawa orang-orang sekeliling kita. Rafeah binti Jaafar, 40 tahun ini juga kehilangan suaminya disebabkan Covid. Apa yang lagi menyedihkan ialah beliau masih mempunyai anak kecil yang berumur 11, 10, 7 dan 6 tahun dan ketika suaminya meninggal dunia, beliau dan anak-anak tidak dapat lihat kerana mereka masih dalam kuarantin dan hanya dapat melihat video yang direkodkan oleh adiknya sahaja. 

“Terharu saya dapat bantuan hari ni sebab saya suri rumah. Jadi bantuan ini sangat-sangat lah bermakna buat saya dan anak-anak. Merekalah yang buatkan saya kuat semangat untuk teruskan berniaga apa sahaja untuk jana pendapatan’.

Hospital yang mengendalikan kes Covid akan menerima 50 set lengkap katil baru!

Getty Image

Seperti yang kita ketahui, disebabkan kes Covid di Malaysia yang kini meningkat, rata-rata hospital yang mengendalikan kes Covid kekurangan katil dan amat memerlukan bantuan. Hal ini demikian kerana, tanpa katil yang mencukupi pesakit tidak dapat dirawat dengan sebaiknya dan pesakit sendiri berada dalam keadaan tidak selesa dan menanggung kesakitan.

Sedar akan masalah ini, Team Hijrah tampil membantu! Sebanyak 50 set lengkap katil akan didermakan ke hospital-hospital yang dipilih sendiri oleh pihak KKM mengikut tahap kesegeraan hospital tersebut. Majlis penyerahan katil ni akan diadakan di KKM Putrajaya! 

Hijrah ni merupakan produk susu pekat yang 100% dijamin halal! Jangan lupa beli kalau terjumpa tau!

Hijrah ni merupakan salah satu produk kegemaran muslim tau. Jadi anda tak perlu ragu-ragu dah nak cuba. Yang paling best, selain dari tak ragu-ragu, ia juga lebih jimat dan lemak berkrim! Berbaloi sungguh!

Kalau yang belum cuba tu, mungkin anda boleh berhijrah untuk cuba jenama ni pulak? Cuba benda baru tu kan best? 

Semoga sumbangan dari pihak Hijrah ini sedikit sebanyak membantu para frontliners di hospital berkenaan dan juga keluarga-keluarga yang terkesan ketika ni. Sama-sama kita berdoa supaya virus ni terhapus dari dunia secepat mungkin! 

Nak tahu lebih lanjut mengenai jenama Hijrah ni korang boleh lawati laman web mereka dekat SINI!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×