Sihat

Jangan Risau, Ini 16 Prosedur Perubatan Yang Tidak Membatalkan Puasa

13
SHARES
prosedur perubatan yang tidak membatalkan puasa

Dalam kesungguhan umat Islam mengerjakan ibadah, terdapat beberapa persoalan berkaitan perkara yang membatalkan puasa terutamanya melibatkan bidang perubatan dan ianya menimbulkan tanda tanya pada sesetengah kita.

Ada juga yang ragu-ragu apabila ingin mendapatkan rawatan pada waktu puasa kerana takut akan terbatalnya puasa. Seorang doktor telah berkongsi di halaman Facebooknya mengenai prosedur perubatan yang tidak membatalkan puasa.

Baca juga: Berpantang Selepas Bersalin: Karut Atau Pulih ‘Kerosakan’?

16 PROSEDUR PERUBATAN YANG TIDAK MEMBATALKAN PUASA

May be an image of 1 person and text that says "PROSEDUR PERUBATAN YANG TIDAK MEMBATALKAN PUASA DOLTOR RAWATAN DIALISIS SANNIN RAWATAN BIUS SETEMPAT PENERIMAAN ATAU PENDERMAAN DARAH PROSEDUR TAMPALAN, CABUTAN ATAU PEMBERSIHAN GIGI 9 2. UJIAN BIOPSI ATAU PENGAMBILAN PEMERIKSAAN LAPAROSCOPE SAMPEL UNTUK KEGUNAAN MAKMAL SUMBER: Ahmad Samhan samhan TABATANKEMAJUANISLAMMALAYSIA ERPUASAAIA01 Dr Samhan Dr Samhan (Official)"

Seringkali menjadi persoalan dalam kalangan pesakit berkaitan batal atau tidak puasa jika mengambil atau menggunakan ubat semasa berpuasa. Bagi menyelesaikan kemusykilan dalam kalangan pesakit, berikut adalah maklumat penting untuk mereka fahami berkenaan status batal atau tidak batal puasa jika mengambil ubat semasa berpuasa.

1. Haemodialisis atau peritoneal dialysis.

2. Mengambil darah untuk pemeriksaan.

3. Memasukkan alat urethroscope ataupun ubatan melalui saluran kencing ataupun irigasi pundi kencing.

4. Injeksi(cucuk) melalui kulit, kedalam otot (intramuscular), sendi (intraarticular), kedalam pembuluh darah (intravenous) kecuali jika bahan yang dicucuk itu mempunyai zat.

5. Menderma atau menerima darah.

6. Menerima oksigen atau gas untuk bius.

7. Menerima semua bahan yang diserap kedalam badan melalui kulit, seperti krim sapuan, minyak dan sebagainya.

LOTUS: Speculum Redesign on Behance8. Memasukkan ovules kedalam kemaluan wanita(vagina), cuci vagina, memasukkan alat speculum kedalam vagina, atau memasukkan jari (oleh doktor/bidan) untuk pemeriksaan (contoh periksa jalan untuk bersalin).

9. Memasukkan tiub (catheter) untuk pemeriksaan.

10. Memasukkan tiub melalui mulut atau dubur (Endoscopy) untuk pemeriksaan (diagnostic) atau rawatan (intervention).

11. Mencuci mulut, kumur-kumur, spray mulut, dengan syarat ia tidak ditelan.

12. Pemeriksaan dalam rahim (Hysteroscopy) atau memasukkan alat dalam rahim (intrauterine device).

13. Menggerudi, mencabut, mencuci gigi, menggunakan miswak (kayu sugi), dengan syarat ia tidak ditelan.

Biopsy – CIRSE14. Mengambil sel dari hati atau organ lain (Biopsy).

15. Injeksi pada dubur, pemeriksaan dubur (anoscopes) ataupun pemeriksaan dubur menggunakan jari.

16. Pembedahan yang memerlukan bius penuh (general anaesthesia).

Sumber: Facebook Ahmad Samhan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×