Famili

Berpantang Selepas Bersalin: Karut Atau Pulih ‘Kerosakan’?

41
SHARES

Anda pasti pernah dengar mengenai berpantang kan? Sudah semestinya wanita selepas melahirkan anak akan melalui proses berpantang. Orang ramai berpendapat dengan berpantang mampu menjaga badan dan boleh memberi manfaat pada hari tua.

Walau bagaimanapun, ada juga segelintir individu memilih untuk tidak berpantang dan mempunyai sebab tersendiri kerana menyifatkan ia sebagai satu perkara yang karut dan buang masa.

Baca juga: Doktor Kongsi 15 Amalan Berpantang Yang Betul Selepas Bersalin, Ibu-Ibu Kena Alert!

BERPANTANG SELEPAS BERSALIN? KARUT ATAU PULIH ‘KEROSAKAN’?

Bagi anda yang kurang faham atau keliru mengenai pantang, apa kata kita dengar jawapan yang diberikan oleh Dr Raihana Ismail, pakar nutrisi persediaan hamil dengan lebih mendalam.

Sebagai pengamal perubatan, Dr Raihana menyifatkan berpantang mampu menyediakan dalaman supaya keadaan kembali kepada asal seperti sebelum bersalin. Hal ini kerana, selepas bersalin atau keguguran hormon biasanya akan haywire dan ia bergantung kepada badan ibu.

Selain itu, beliau juga menganggap setiap ibu selepas bersalin perlu menjalani proses berpantang kerana semasa fasa bersalin beribu-ribu saraf yang terkesan.

“Perlu berpantang sebab definisi berpantang bagi saya adalah menyediakan dalaman supaya dalaman kita kembali sedia kala seperti sebelum bersalin supaya badan kita dalam keadaan optimum sebab masa fasa bersalin beribu-ribu saraf yang effected.” ujarnya.

MITOS KETIKA BERPANTANG, BOLEH LAKUKAN TANPA RISAU

Ketika fasa berpantang memang banyak pantang larang nenek moyang yang menjadi kepercayaan. Antaranya ialah tak boleh mandi dan minum air masak terlalu banyak. Boleh percaya ke atau ia sekadar mitos berpantang yang karut?

Menurut jawapan Dr Raihana, ia sebenarnya sekadar mitos. Masa berpantang ibu-ibu dibenarkan untuk mandi dan mencuci rambut kerana kebersihan diri merupakan perkara utama dan penting.

“Pastikan tempat luka sentiasa dalam keadaan kering. Maknanya, lepas mandi ambil cotton bersih, lap-lap dekat kawasan luka supaya luka cepat baik. Mandi suhu bilik atau air suam.” jelas Dr Raihana ketika sesi temu bual.

Berbicara mengenai minuman pula, para ibu dibenarkan minum 8 gelas air atau sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Pastikan minum air masak suhu bilik dan bukanlah air sejuk. Sebaiknya setiap kali selepas memberi susu badan, ibu-ibu boleh minum segelas ais.

PESANAN UNTUK PARA SUAMI, JANGAN BIARKAN ISTERI ‘MEROYAN’

Ibu selepas bersalin berisiko tinggi mengalami kemurungan teruk, meroyan atau dipanggil Postpartum depression dalam tempoh berpantang dan ia berlaku disebabkan perubahan hormon, masalah psikologi selepas bersalin dan pelbagai faktor lain yang mengundang tekanan hebat.

Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, para suami dinasihati agar sentiasa memahami perasaan dan emosi isteri. Mereka bukanlah sengaja atau mahu mengada-ngada tetapi perubahan hormon menyebabkan sikap mereka berubah dan tidak tentu arah.

Dr Raihana juga menyatakan tempoh 14 hari selepas bersalin merupakan temph crucial perlu dihadapi oleh para ibu dan juga suami dalam menjaga hati dan perasaan mereka.

“Bila perubahan hormon yang mendadak berlaku macam ni, apa yang berlaku adalah dekat emosi wanita. Emosi sangat mudah tersentuh & dia perlukan perhatian lebih.

“Suami kena faham keadaan wanita selepas bersalin ni. Dia bukan sengaja, bukan mengada-ngada tetapi dia memang perlu perhatian sebab masa tu banyak sangat perubahan berlaku dalam badan dia. Tempoh 14 hari lepas bersalin ni adalah tempoh crucial.” katanya.

Nak mengetahu dengan lebih lanjut, tonton video di bawah:

VIDEO PENUH:

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×