Famili

Bendera Malaysia Dipasang Terbalik Di Jersi Lee Zii Jia, Warganet Kecewa Tengok…

3
SHARES
jalur gemilang terbalik

Tular di media sosial mengenai Jalur Gemilang terbalik di baju jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia. Kejadian ini berlaku pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir BWF 2024.

Menerusi video tular tersebut, dapat dilihat bendera Malaysia yang ditampal di bahagian kiri baju pemain tersebut dalam keadaan terbalik.

Baca juga: 2 Punca Kakak Wanita Ini Meninggal Ketika Mengandung, Wanita Usia 30 Ke Atas Kena Baca!

JALUR GEMILANG TERBALIK DI JERSI LEE ZII JIA

Jalur Gemilang Terbalik

Perlawanan tersebut menentang pemain Taiwan, Chou Tien Chen. Baju pemain profesional Malaysia itu tidak dibekalkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebaliknya oleh penaja Victor.

Perkara itu sudah pastinya mencetuskan kontroversi di media sosial, di mana beberapa pihak mempersoalkan ketelitian memeriksa pakaian yang digunakan oleh Zii Jia sebelum ia digunakan dalam perlawanan rasmi.

Walau bagaimanapun, Victor Malaysia telah mengeluarkan permohonan maaf secara rasmi berkaitan insiden bendera Malaysia terbalik di jersi Lee Zii Jia.

Permohonan maaf dari syarikat peralatan sukan badminton dikemukan di laman sosial rasmi di platfrom X. Pihak mereka menjelaskan bahawa insiden ini dipandang serius dan tidak berniat untuk menimbulkan kontrovesi.

“Kami dengan rendah hati memohon maaf kepada semua peminat badminton Malaysia dan Lee Zii Jia atas kesilapan yang tertera pada baju jersi ketika Jelajah Dunia Akhir BWF 2024, hari ini.

“Kesilapan ini tidak menggambarkan rasa hormat kami yang mendalam kami terhadap Malaysia, simbol kebangsaannya, atau kebanggaan dan kehormatan mewakili negara di persada antarabangsa.

“Bendera Malaysia melambangkan perpaduan dan identiti, dan kami amat kesal dengan sebarang rasa tidak hormat yang tidak disengajakan disebabkan oleh kesilapan ini.

“Sekali lagi, kami memohon maaf yang setulus hati dan menghargai pertimbangan anda,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Baca juga: 9 Pemimpin Negara Yang Terkaya Di Dunia, Rupanya Malaysia Pun Ada Dalam Senarai!

Sumber: Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×