Hebahan

Ini Adalah Antara Sebab Utama Si ‘Ulat Buku’ Akan Menggila Di Big Bad Wolf 2017!

2.6K
SHARES

Admin tahu mesti ada antara pembaca Sirap Limau dah mengigil kaki untuk terjah Big Bad Wolf 2017 yang berlangsung 8 sehingga 18 Disember di MIECC, The Mines ni kan.

Jangan risau! Buat yang bekerja ataupun sibuk di waktu siang, anda boleh juga menggila di Big Bad Wolf 2017 ini sebabnya ia dibuka 24 jam, daripada jam 7 pagi 8 Disember sehingga jam 11.59 malam pada 18 Disember. Barulah boleh ‘hunt’ buku kegemaran anda sepuas-puasnya kan!

Sales Yang Paling Gila Ialah…

1) 75% -95% diskaun untuk semua buku!

2) Harga buku serendah RM5. Murah habis

3) Dibuka 24 jam tanpa henti iaitu secara keseluruhnnya ialah 257 jam!

4) Terdapat 4.5 juta buku untuk direbut. Gerenti rambang mata!

5) Sebanyak 25 penerbit buku Melayu paling top menyertai Big Bad Wolf 2017. Antaranya ialah Sasbadi, Nusamas, Pelangi, Bestari, Fixi, Lejen, Dubook, Thukul Cetak, Terfaktab, Roman, Selut, October, dan banyakkkk lagi!

6) Terdapat pelbagai genre buku yang mengikut citarasa masing-masing! Ada buku fiksyen, buku perniagaan, romantik, kesihatan dan pelbagai lagi

Lepas Borong Buku, Anda Boleh Juga…

 

Makan-makan di Cafe Dessert paling popular di Bangkok, After You! Tak payah susah-susah nak ‘terbang’ ke Bangkok tau. Anda juga jangan lepaskan peluang untuk menonton kemunculan Ejen Ali di Big Bad Wolf 2017 ni.

Tak cukup dengan itu, anda yang datang bersama anak boleh sertai aktiviti yang dianjurkan oleh Petronas pada jam 10 pagi seingga 5 petang! Barulah anak tak bosan!

Opss.. Baca Dulu Tips Penting Untuk Menggila Di Big Bad Wolf 2017

1) Bawa beg bagasi anda sendiri kerana kemungkinan besar troli yang disediakan pun ‘habis digunakan!’

2) Tak sanggup redah kesesakan lalu lintas? Boleh datang pada tengah malam, kurang sesak dan anda boleh menikmati ‘masa’ untuk memilih buku.

3) Boleh isi perut di kawasan mezzanine. Ada makanan western dan fusion serta cafe ya!

4) Boleh buat pembayaran menggunakan kad dan wang tunai.

5) Mungkin GRAB adalah pilihan terbaik untuk anda yang tak mahu hadapi kesesakan lalu lintas dan mengalami kesukaran untuk cari tempat letak kereta. Easy!

Jadi, jumpa anda di Big Bad Wolf 2017 pada 8 sehingga 18 Disember ini di MIECC, The Mines!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×