Famili

Ini 6 Tips Yang Paling Berkesan Untuk Mandikan Bayi Tanpa Tangisan. Cubalah!

7.2K
SHARES

Memang tak dapat dinafikan bahawa mandikan bayi memang sukar terutama untuk para ibu yang kali pertama menimang cahaya mata. Memang sukar untuk pegang badan bayi yang masih lembik dan fragile tu, betul tak? Bayi akan mula menangis bila mereka rasa air yang terkena badan mereka. Jangan panik, ikuti langkah yang admin nak share ni. Semoga dapat membantu!

1. Sediakan peralatan mandi yang sesuai

Sebelum bawa bayi ke bilik mandi, pastikan anda sudah sediakan semua peralatan dan keperluan untuk mandian mereka seperti besen kecil atau tab mandi bayi, sabun, span atau kain lembut untuk membersihkan muka dan badan mereka.

2. Ruangan mandi yang selamat untuk bayi – tidak terlalu sempit


Pastikan ruangan mandi luas dan selamat untuk anda ketika mandikan bayi. Pastikan para ibu juga duduk dalam keadaan yang selesa di atas bangku, terutama yang masih berpantang. Boleh juga lapik alas getah untuk mengelakkan anda tergelincir semasa mendukung bayi setelah selesai mandi. Hati-hati ya!

3. Gunakan kain atau span lembut untuk membersihkan muka bayi

Bayi selalunya akan mulai menangis apabila disentuh di bahagian muka menggunakan air. Mereka sangat sensitif sebenarnya. Jadi, apa yang perlu anda lakukan ialah gunakan kain atau span yang lembut untuk membersihkan muka mereka. InsyaAllah mereka tak akan menangis. Cuba dulu ya!

4. Cara mendukung – satu tangan di leher dan kepala bayi untuk support

Memandikan bayi pun ada cara yang tersendiri tau. Contohnya, anda perlu gunakan satu tangan untuk support leher dan kepalanya, satu tangan lagi untuk membersihkan anggota badan. Lepas bersihkan muka dan kepala, boleh teruskan menggosok dengan lembut bahagian atas badan hingga ke bawah dan dari depan ke belakang.

5. Suhu air yang sesuai – tak terlalu sejuk, tak terlalu panas


Suhu yang paling sesuai untuk mandikan bayi adalah sekitar 37o. Pastikan tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas ya.

6. Menggunakan sabun mandi yang sesuai untuk kulit bayi anda yang masih fragile dan halus

Ini salah satu perkara yang perlu dititikberatkan oleh setiap ibu bapa terutama apabila bayi yang mempunyai kulit yang halus. Pemilihan sabun mandi untuk bayi juga sangat penting tau. Kalau boleh pilih yang tidak terlalu banyak buih supaya tidak termasuk dalam mata bayi.

Nak sabun yang baby friendly? Boleh pilih Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash ini. Sangat sesuai untuk bayi anda!

Sebagai seorang ibu, mestilah kita mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Begitu juga dengan pemilihan produk yang terbaik untuk kulit mereka. Jika inginkan kulit bayi yang sentiasa lembut dan sihat, pemilihan sabun adalah sangat penting kerana bayi akan mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jadi, para ibu perlu ambil tahu tentang sabun yang sesuai seperti Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash ini!

Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash

 

Cetaphil Baby Gentle Wash & Shampoo

Produk Cetaphil Baby ini juga berfungsi secara harmoni untuk badan dan kulit bayi serta memperkuat perkembangan semulajadi kulit bayi yang masih halus pada usia yang masih awal dan lemah. Jadi, para ibu tak perlu risau lagi tentang pemilihan produk yang bakal digunakan untuk bayi anda.

 

Cetaphil Baby Shampoo

Cetaphil Baby Daily Lotion

Antara pandangan positif ibu-ibu tentang produk Cetaphil Baby ini

Survey telah dijalankan oleh Home Tester Club dan telah menerima feedback yang sangat positif tentang produk ini. Apa yang korang tunggu lagi? Jom guna Cetaphil Baby!

Apa yang best tentang produk ini?

Produk Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash ini boleh membantu anda untuk membersihkan kulit bayi anda dengan lebih mudah dan ianya mempunyai formula yang sangat bagus iaitu tanpa buih dan akan membuatkan kulit bayi sentiasa fresh dan lembut sepanjang masa.

Dengan Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash – Bayi gembira, ibu bapa senang hati!

Dibuat oleh Pakar Kulit. Dipercayai oleh Ibu.

Cetaphil Baby boleh membantu meletakkan asas untuk kulit yang sihat sepanjang hayat. 0% TANPA paraben, minyak mineral, pewarna, bahan asal haiwan dan sabun. Memang sangat bagus!

Cetaphil Baby ini juga dirumus khas dan lembut untuk kegunaan harian. Semua produk Cetaphil Baby dibuat di Eropah dan diuji secara dermatologi dan pakar pediatrik. Produk Cetaphil Baby akan menjaga kulit bayi anda untuk kekal lembut dan licin dari kepala ke kaki.

PRODUK YANG DIYAKINI & MENJADI WARISAN TURUN TEMURUN DARI IBU KE ANAK

Dengan cuaca yang makin panas, wajib juga untuk para ibu terus kekalkan kelembapan dan kesegaran kulit. Cetaphil memang sesuai untuk semua peringkat usia. Jika buat si manja ada Cetaphil Baby, Cetaphil Classic pula rangkaian produk yang mampu memberikan kepuasan maksima bagi ibu bapa.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik di link ini!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×