Rakyat

Ini 43 Jenis Telefon Pintar Tak Boleh Akses Whatsapp Mulai 1 November

6.4K
SHARES

Sudah menjadi kebiasaan, aplikasi Whatsapp akan menjadi aplikasi pertama dibuka untuk melihat dan membaca hal-hal penting berkaitan keluarga, kerja dan personal. Aplikasi Whatsapp telah menjadi pilihan orang ramai kerana mudah dan cepat untuk berkongsi maklumat selain menjimatkan kos.

Baca juga: Murah Tapi Berbaloi, Cikgu Ni Bagi 9 Sebab Kenapa Chrome Book Sesuai Untuk PdPR

43 JENIS TELEFON PINTAR TIDAK BOLEH MENGAKSES WHATSAPP

WHATSAPP

Namun, menurut laporan Mirror UK, jutaan pengguna tidak boleh lagi mengakses mesej, gambar dan video selepas aplikasi WhatsApp menghalang akses ke beberapa model telefon pintar model lama, bermula 1 November depan.

Sebanyak 43 model telefon pintar melibatkan pengguna perisian Android dan iOS tidak lagi boleh menikmati kemudahan aplikasi Whatsapp.

Model telefon pintar dengan Android 4.0.4 atau yang lebih awal akan tidak boleh untuk mengakeses WhatsApp, serta iPhone dengan iOS 9 atau yang lebih awal.

WhatsApp menawarkan perkhidmatan penghantaran mesej yang selamat dan sulit tetapi mengumumkan perubahan yang sangat tidak popular terhadap kaedah mengendalikan data pengguna. Hal ini kerana, perubahan tersebut menyaksikan data pengguna diserahkan kepada syarikat swasta bagi membantu pemasaran.

WHASTAPP

Berikut merupakan model telefon pintar yang tidak boleh lagi mengakses WhatsApp:

  • Samsung Galaxy S3 Mini, Trend II, Trend Lite, Core, Ace 2
  • LG Optimus F7, F5, L3 II Dual, F7 II, F5 II
  • Sony Xperia
  • Huawei Ascend Mate and Ascend D2
  • Apple iPhone SE, 6S, and 6S Plus

Nampaknya, kena tukar telefon bimbit baharu ke ni? Alamak!

Sumber: Mirror UK & Utusan Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×