Rakyat

Ibu Pengasuh Terlanggar Bayi 1 Tahun 5 Bulan Sehingga Maut

651
SHARES

Seorang bayi perempuan berusia setahun 5 bulan meninggal dunia selepas dilanggar kereta di rumah pengasuhnya di Taman Kesedar Putra, Gua Musang.

Ibu kepada pengasuh tidak menyedari bayi berjalan keluar rumah

Menurut Ketua polis Gua Musang, Superintendan Mohd. Taufik Maidin, kejadian yang berlaku semalam kira-kira jam 5 petang itu, ibu pengasuh bayi berkenaan yang berusa 54 tahun cuba mengalih kedudukan kereta jenis Toyota Fortuner yang berada di luar ke dalam garaj di hadapan rumahnya. 

Ketika mengundurkan kenderaan, ibu kepada pengasuh itu tidak menyedari bayi yang bernama Aamina Inayah Mohd. Hafezul berjalan keluar dan berada di luar rumah. 

Mengalami kecederaan dalaman

Bagaimanapun, selepas pelanggaran, pengasuh Nur Syamimi Ibrahim, 20 tahun bergegas dan melihat bayi berkenaan terbaring dan menangis. Pengasuhnya segera membawa bayi tersebut ke hospital untuk menerima rawatan namun disahkan meninggal dunia. 

Difahamkan bayi malang berkenaan tinggal di rumah pengasuhnya sejak seminggu lalu kerana bapanya bekerja di Pejabat Tanah Jajahan Gua Musang dan ibunya bekerja sebagai jururawat di Arab Saudi.

Semoga insiden sebegini menjadi pengajaran kepada semua pengasuh agar sentiasa berhati-hati dan peka terhadap setiap pergerakan anak asuhannya. Al-Fatihah buat Aamina Inayah.

Sumber: Kosmo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×