Didik

Hadkan Penggunaan Telefon Bimbit Anak- Ikut Cara Bill Gates Dan Steve Jobs Ini!

75
SHARES

Zaman sekarang, teknologi itu sudah menjadi satu kemestian untuk anak-anak. Kalau tak ada gajet berteknologi tinggi ini, dianggap ketinggalan zaman pula. Boleh untuk memberikan gajet-gajet ini kepada anak-anak tetapi perlu ada masanya. Ini tidak, seawal usia 7 tahun ibu bapa sudah mula ‘membekalkan’ anak dengan telefon bimbit yang mahal. Sampai ada anak yang bergaduh sebab nak ada gajet macam kawan-kawan yang lain. Perlu ke tidak semua ini? Tahukah anda bahawa anak-anak akan mudah ‘ketagih’? Malah, jutawan terkenal dunia seperti mendiang Steve Jobs dan Bill Gates pun mula memberi gajet kepada anak-anak apabila mereka mencecah umur 14 tahun.

http://naturalsociety.com/

Nak tahu dengan lebih mendalam? Baca ini.

TELADAN DARIPADA GERGASI TEKNOLOGI

Dua tahun selepas iPad dilancarkan, pengasas Apple mendiang Steve Jobs memberitahu wartawan bahawa anak-anak beliau belum lagi menggunakan iPad. Beliau melahirkan kerisauan beliau tentang ketagihan gajet.

http://www.huffingtonpost.com/

Pengasas Microsoft, Bill Gates, menetapkan bahawa anak beliau hanya boleh memiliki telefon pintar apabila berusia 14 tahun walaupun anak beliau merungut kerana semua rakan memilikinya. Anak-anak mula merasakan ‘peer pressure’ dan mula membanding-bandingkan peraturan di rumah sendiri dan peraturan di rumah kawan ketika berusia dalam lingkungan 9 tahun.

www.facebook.com/MyParentConnect

Inilah usia mereka nampak apa yang rakan ada dan apa yang mereka tiada.
Inilah usia mereka mahu apa yang rakan ada.
Inilah usia mereka mula merasakan peraturan di rumah tidak adil.
Inilah usia mereka takut ketinggalan berbanding rakan.

SEBELUM ANAK MERAYU-RAYU…

www.kotaku.com.au

Sebelum mereka mula meminta-minta, merayu-rayu, memujuk-mujuk.
Sebelum mereka mula membanding-bandingkan.
Sebelum mereka berkata “It’s not fair”, “Kenapa kawan boleh?”, eloklah kita tetapkan bila waktunya mereka boleh memiliki telefon pintar.

Beritahu anak dari awal supaya mereka tahu. Biarlah mereka menunggu. Ini namanya ‘delayed gratification’ yang banyak faedahnya untuk perkembangan peribadi seorang manusia.

mentecondivisa.wordpress.com

Apabila sudah diberi tanpa pertimbangan yang wajar oleh ibubapa, amat sukar untuk ditarik balik jika anak-anak menyalahgunakannya.

Berapakah usia yang patut/ingin anda tetapkan untuk anak-anak memiliki telefon pintar?
Kenapa?

http://www.momentumnation.com/

Artikel ini adalah hasil penulisan dari Puan Noor Afidah Abu Bakar, Positive Parenting Educator (Parent Practice UK). Semoga perkongsian ini dapat memberi pengajaran dan panduan buat ibu bapa di luar sana. 

Sumber : Parent Connect

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×