Rakyat

Gara-Gara Terkena Rak Besi Di Pasaraya, Kanak-Kanak 6 Tahun Hampir Hilang Penglihatan

3.6K
SHARES

Kebanyakan ibu-bapa memilih aktiviti beli-belah untuk diluangkan hujung minggu bersama keluarga. Ini kerana dalam masa ibu bapa sibuk membeli-belah, anak-anak juga boleh ambil peluang untuk berjalan-jalan. Walau bagaimanapun, ibu bapa mestilah pantau anak kerana kejadian yang tidak diingini boleh berlaku sekelip mata. Seperti seorang kanak-kanak ini yang hampir hilang penglihatannya kerana terjatuh dan terkena rak pakaian di sebuah presmis di Sydney Australia.

HAMPIR BUTA KERANA TERKENA RAK PAKAIAN

Seorang kanak-kanak perempuan terpaksa mengalami kesan parut seumur hidup apabila kelopak matanya terkoyak selepas terjatuh dan mukanya tersembam pada rak pakaian di sebuah premis. Cecilia Chen, 6 tahun hampir buta kerana insiden itu. Ketika kejadian, Cecilia bersama-sama neneknya sedang membeli-belah di gedung Chatswood Chase di Lower North Shore, Sydney Australia minggu lalu.

Cecilian yang baru meraikan ulang tahunnya tiga hari sebelum kejadian dan ingin membeli baju berwarna merah jambu, justeru neneknya membawa Cecilia ke Kmart. Ketika neneknya sedang melihat baju-baju yang dipamerkan, kanak-kanak itu ternampak baju merah jambu yang digantung dan melompat untuk cuba mengambilnya.

TERKENA CANGKUK BESI DI BAHAGIAN RAK BAWAH

Dia bagaimanapun tidak dapat mengawal badanya dan terjatuh, menyebabkan mata kananya cedera terkena cangkuk besi di bahagian rak bawah. Kelopak mata Cecilia, termasuk bulu matanya terkopek. Cecilia meraung kesakitan. Ibunya, Jill Huang bergegas datang dari tempat kerja sebelum ambulans datang dan membawa mereka ke Hospital Kanak-Kanak Randwick.

Selepas menunggu selama tujuh jam, Cecilia menjalani pembedahan kelopak mata selama empat jam pada malam itu, tetapi ibunya berkata keadaanya tidak akan sama seperti dahulu. Huang berkata anak perempuanya menjalani pembedahan plastik untuk memperbaiki otot kelopak mata dan kelenjar lacrimal.

AMBIL MASA LAMA UNTUK MELIHAT SEMULA

“Nasib baik bola matanya tidak rosak, tetapi masa yang lama akan diambil untuk melihat Cecilia kembali normal. “Kelopak mata kananya akan ‘jatuh’, kecil dan tidak kelihatan sama. Dia sangat sedih dan takut.” katanya. Huang kini sedang berkempen supaya Kmart menggunakan rak pakaian lebih selamat untuk kanak-kanak. Kmart pula sedang menyiasat kemalangan itu.

Seorang jurucakap memberitahu Daily Mail: “Di Kmart Australia keselamatan pelanggan dan keluarga mereka adalah keutamaan kami. “Kami dalam proses untuk meninjau sebarang kecedaraan yang dialami oleh pelangan atau staf di kedai kami dan kami sedang meneliti pilihan keselamatan untuk mengurangkan risiko kecederaan yang terjadi pada masa hadapan. “Kami saling berhubung dengan keluarga pelanggan secara langsung berhubung kejadian ini. Cecelia dan keluarganya sentiasa dalam ingatan sepanjang proses pemulihan” katanya.

Sumber: Dailymail

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×