Famili

Bila Anak Makin ‘Clingy’ Masa PKP, Ini 5 Perkara Mereka Mungkin Nak Beritahu Kita

26
SHARES
emosi anak ketika pkp

Ketika artikel ini ditulis, dah hampir 3 bulan anak-anak kita tak bersekolah.

Dari cuti sekolah yang dilanjutkan tempoh hari sehinggalah hari ini, ramai ibu bapa nampaknya makin resah dan gelisah apabila anak-anak bercuti terlalu lama.

Tapi perasan tak, walaupun ibu ayah dah luangkan begitu banyak masa bersama anak-anak di rumah, mereka tetap dahagakan perhatian.

Bahkan, ramai ibu bapa yang mengadu anak-anak mereka dah makin clingy. Ya, asyik nak melekat dan ikuuuuut je ke mana kita pergi!

Tapi sebelum ibu ayah bertambah stres dan tension, jom cuba fahami dulu kenapa emosi anak-anak jadi macam ni dan bagaimana nak mengatasinya, menurut kata pakar.

Bila Anak Makin Clingy Masa PKP, Ini 5 Perkara Mereka Mungkin Nak Beritahu Kita

Clingy atau clinginess adalah satu perbuatan di mana anak-anak sukar untuk berjauhan dengan ibu bapa.

Dalam bahasa pasarnya, kiranya diorang ni asyik nak ‘memerap’ dan ‘ikut bontot kita’ ajelah walaupun sekadar nak pergi dapur dan tandas.

Mereka mungkin menangis kalau tak nampak muka kita ni walaupun kita bukannya buat apa-apa dengan mereka. Tapi selalunya lebih kepada merengek. Dan kalau anak-anak ni menangis pun, mereka menangis buat masa yang sekejap saja.

Dalam kes yang lebih teruk sampai tantrum atau sukar ditenangkan, barulah pakar melabelkannya sebagai separation anxiety.

Jika ini berlaku, mungkin ada beberapa perkara yang mereka cuba beritahu.

emosi anak ketika pkp

1. Mama, Apa Yang Berlaku?

Menurut Steven Meyers, Profesor Psikologi dari Roosevelt University di Illinois menerusi HuffingtonPost, salah satu alasan utama mengapa anak-anak jadi clingy dan asyik melekat dengan ibu atau ayah adalah kerana mereka sedang melalui satu fasa baru atas perubahan yang berlaku.

Dalam tempoh ini, anak-anak sedang berusaha semahunya untuk berasa selamat dan selesa.

Ianya merupakan respon semulajadi terhadap sebarang ancaman atau perubahan rutin yang mereka lalui, dan pandemik COVID-19 ini adalah salah satu pencetus yang menyebabkan mereka boleh berkelakuan demikian.

Foto Kredit: Irish Times.com

2. Mama, Saya Keliru!

Clinginess ini sebenarnya perkara biasa dan menjadi salah satu fasa perkembangan bagi anak kecil seperti bayi, anak kecil atau anak di tahap prasekolah.

Namun dalam tempoh pandemik ini, kanak-kanak yang lebih besar juga mungkin mengalami respon ini di bawah tekanan akut.

Malah, anak yang dah berusia 9 tahun pun mungkin ada yang tak mahu tidur di bilik sendiri, tak mahu bermain sendiri, dan bertindak menjadi ‘bayang-bayang’ yang asyik mengekori ibu ayah ke mana saja dalam rumah.

emosi anak ketika pkp

3. Mama, Saya Sedih…

Ahli psikiatri, Elisabeth Kübler-Ross berpendapat bahawa rasa sedih yang dirasai oleh kanak-kanak juga boleh dilihat sebagai tantrum atau marah.

Jelas beliau menerusi The Conversation, ia boleh ditunjukkan melalui rasa kecewa dan gelisah. Mereka akan mengekspresikan rasa sedih dengan cara teesendiri kerana tak dapat berjumpa rakan dan guru, serta berasa hilang kawalan akibat pandemik ini.

Dalam tempoh ini juga, anak-anak akan menjadi lebih clingy, memulakan tabiat tertentu seperti menghisap jari, kencing malam, temper tantrum, atau sukar memberi perhatian.

Semua ini secara tidak langsung adalah ekspresi kesedihan mereka terhadap perubahan rutin yang berlaku.

Foto Kredit: 123rf.com

4. Mama, Saya Stres!

Sesetengah keluarga akan berhadapan dengan cabaran tertentu kerana ada yang perlu keluar bekerja, work from home, atau berjauhan dari keluarga.

Bukan orang dewasa saja yang perlu menyesuaikan diri dengan perubahan, malah anak-anak kecil pun turut sama terkesan.

Kanak-kanak yang tertekan dan sukar menerima perubahan yang berlaku juga boleh mengalami depresi.

Mereka mungkin menjadi pendiam, tak mahu bermain, dan tidak berminat untuk membuat apa-apa di rumah bersama keluarga.

cara mendidik anak

Foto Kredit: momtastic.com

5. Mama, Saya Rasa Tak Sihat

Tahukah ibu ayah, tanda depresi juga boleh terlihat melalui simptom fizikal seperti sakit perut, sakit kepala dan keletihan pada kanak-kanak.

Mereka mungkin tidak tahu meluahkan apa yang dirasai lalu merengek dan menangis.

Jadi, Apa Yang Boleh Ibu Ayah Lakukan?

Menurut Katie Lear seorang kaunselor menerusi Moms.com dan Jennifer Keluskar, PhD menerusi Stony Brook Medicine, ada beberapa cara yang boleh membantu kanak-kanak mengatasi clinginess ini antaranya:

  • Meluangkan masa one-on-one dengan anak : Walaupun ibu ayah sentiasa berada di rumah dengan anak, namun mungkin kita tak berkesempatan meluangkan masa dengan setiap seorang daripada mereka. Masa one-on-one dengan setiap anak ini penting kerana ia membantu memulihkan connection melalui komunikasi langsung tanpa sebarang gangguan. Anak akan berasa lebih relaks dan mampu mengurangkan rasa gelisah dan kecewa melalui sesi ini walaupun hanya 10 minit bersama ibu atau ayah!
  • Beritahu anak sebelum meninggalkan mereka : Jangan sesekali tinggalkan anak ketika mereka ‘leka’ sebab tak nak mereka menangis. Sebabnya perbuatan ini boleh menyebabkan mereka ‘trauma’ dan makin takut ditinggalkan.
  • Jangan tunjukkan rasa risau depan anak : Walaupun kita tahu anak mungkin akan menangis apabila ditinggalkan sekejap, cuba bertenang dan tarik nafas supaya kita tak menunjukkan reaksi risau atau marah-marah. Ini kerana, anak-anak biasanya boleh ‘menghidu’ rasa stres ibu ayah dan seterusnya menyebabkan mereka pun stres!
  • Libatkan anak dengan kerja rumah : Ia dapat mengisi masa lapang, meningkatkan skil dan memberi sense of control kepada anak.
  • Menetapkan rutin harian : Cuba tetapkan waktu bangun dan tidur yang sama, waktu snek dan makan yang tetap dan aktiviti yang boleh dilakukan bersama supaya anak-anak berasa lebih independent dan mampu menguruskan masa dalam tempoh kuarantin.
  • Gunakan imaginasi dan kreativiti : Ibu ayah juga digalakkan untuk menggunakan kreativiti dan imaginasi agar dapat membantu anak-anak melakukan aktiviti yang menarik bersama.
berjaya dalam hidup

Foto Kredit: goodhousekeeping.com

Fahami Bahawa Emosi Anak Terjejas Ketika PKP

Tak dinafikan lagi, kebanyakan ibu ayah sedang berhadapan dengan pelbagai ujian untuk menghadapi karenah anak-anak di musim PKP ini.

Namun ingatlah bahawa anda bukanlah keseorangan dan anak-anak kita sebenarnya amat memerlukan sokongan dan perhatian dalam tempoh ini.

Jadi, cubalah praktikkan langkah yang disyorkan oleh pakar dan yang paling penting – Jangan stres sekali tau!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×