Asuh

Padah Pakaikan Subang Jenis Skru, Ibu Trauma Cuping Telinga Anak Kena Belah

43
SHARES

“Cantik subang ni, nak bagi pakai dekat adik la…”

Kebanyakan ibu bapa yang mempunyai anak perempuan pasti akan memakaikan anting-anting atau subang pada anak mereka sejak kecil lagi. Bukan sahaja untuk kelihatan cantik, tetapi ibu bapa juga perlu meneliti tahap keselamatan aksesori tersebut dari segi bentuk dan jenis bahan yang digunakan untuk membuat aksesori itu.Walaupun banyak yang nampak cantik, tetapi tidak semestinya ia sesuai dengan telinga anak kita.

Menerusi perkongsian Eyra Shira di Facebook, dia meluahkan kekesalannya kerana telah memakaikan subang kepada anaknya tetapi akhirnya lain yang terjadi. Ikuti perkongsiannya di bawah ini.

“NAK ANAK CANTIK INILAH MAKANNYA…”

Pengajaran buat diri sendiri, nak anak cantik ni la makan nya. Beli yang jenis biasa hilang sebelah, beli jenis bulat pon hilang sebelah, ni subang kali ke empat, kali ke empat beli jenis skru.

Memang tak hilang tapi boleh masuk dalam cuping telinga, semua klinik taknak buat sebab naura masih kecik. Last-last hantar hospital, kena belah sikit cuping telinga naura kena ikat sebab naura meronta, menangis sampai hilang suara.

Doktor suruh ibu pegang kaki naura pon ibu jadi lemah bila dengar adik menangis kejat, maafkan ibu dik, lepas ni tak payah pakai langsung, ibu jadi seram.

*Jadi, hati-hati semasa membuat pemilihan pemakaian aksesori ya supaya tidak jadi seperti situasi di atas. Sakit tu!

Sumber: Eyra Shira

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×