Famili

Drama Kami Orang KL TV3 Selesaikan Masalah Jiran Selalu Tarik Muka, Kena Tengok!

19
SHARES
DRAMA KAMI ORANG KL

Slot Lestary TV3 membawakan drama Kami Orang KL yang mengisahkan tentang haru biru sebuah keluarga berasal dari kampung dan berpindah ke Kuala Lumpur.

Berpindah ke tempat baharu sudah tentunya bukan perkara mudah. Ada pelbagai budaya dan juga ragam seperti bermasam muka dengan jiran. Jadi, bagi mengelakkan masalah tersebut berlaku, ikut tips di bawah ini.

DRAMA KAMI ORANG KL: JIRAN SELALU TARIK MUKA? INI PENYELESAIANNYA

DRAMA KAMI ORANG KL

Alamak korang ada masalah tak dengan jiran? Nak nak pulak kalau kita baru berpindah, memang kita kena berbaik dengan jiran kita. Berbaik dengan jiran akan mendatangkan banyak kebaikan kepada kita. Meh min nak share macam mana kita nak berbaik dengan jiran kita.

1. Sentiasa senyum

Bak kata orang ramai, senyuman itukan sedekah. Maka tak salah untuk kita selalu amalkan apabila berjumpa dengan jiran tetangga kita. Dengan senyuman, terjadi lah kesemua kemesraan seperti bertegur sapa, memberi hadiah, dan sebagainya.

2. Sedekah

Tidak semestinya kita perlu bersedekah kepada orang yang kurang bernasib baik. Bersedekah lah kepada sesiapa pun pasti mendatangkan perkara yang baik kepada kita. Amalan ini boleh diaplikasikan untuk berbaik dengan jiran-jiran.

3. Bertegur sapa

Amalan bertegur sapa ini dah menjadi rutin dalam kehidupan harian kita. Tidak ketinggalan juga dengan jiran tetangga kita, dimana kita berjumpa dengan mereka hampir setiap hari. Walau bagaimanapun, bertanya khabar hendaklah bertegur dengan nada yang baik dan pertanyaan yang berhemah.

Kalau nak lagi banyak tips, anda kena tengok drama ini setiap Khamis sehingga Sabtu pada jam 9 malam, hanya di TV3. Strim sekarang melalui Tonton!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×