Nur

Doa Ketika Petir, Guruh, Kilat, Hujan Lebat & Angin Kencang

165
SHARES
doa ketika petir dan kilat

3 DOA KETIKA PETIR YANG BOLEH DIAMALKAN

Hujan juga sering diselangi dengan guruh dan petir yang kadang kala menggerunkan.

Bunyinya yang mencemaskan merupakan tanda kebesaran Allah.

Ia merupakan peringatan betapa kerdilnya kita sebagai hambaNya dan hanya kepada Allah tempat kita memohon perlindungan.

Ketika mendengar petir, anak-anak kecil terutamanya mesti akan berasa gerun, apatah lagi apabila merasa gegaran dan kilat sabung menyabung.

Bacaan doa ketika munculnya petir bertujuan untuk mengharap perlindungan dari Allah SWT.

Membaca doa ketika mendengar petir sebaiknya diamalkan dan juga diajarkan oleh ibu bapa kepada anak-anak sejak kecil supaya mereka juga terbiasa berdoa ketika melihat atau mendengar petir.

Jadi, apakah doa yang patut kita bacakan semasa mendengar petir?

Bacaan Doa Ketika Petir, Kilat & Hujan Lebat

Doa Ketika Petir 1

Disebutkan dalam hadis daripada Abdullah bin Zubair RA, apabila mendengar petir, baginda terus berhenti bercakap dan membaca:

سُبْحَانَ الَّذِي (يُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمْدِهِ وَالْمَلَائِكَةُ مِنْ خِيفَتِه) ثُمَّ يَقُولُ: إِنَّ هَذَا لَوَعِيدٌ شَدِيدٌ لِأَهْلِ الْأَرْضِ

Maksudnya : “Maha suci Allah yang Dialah juga yang disucikan oleh guruh dan para malaikat dengan bertasbih memujiNya kerana takut kepadaNya.”

Sesudah berdoa, baginda bersabda pula dengan maksud: “Sesungguhnya ini adalah peringatan yang keras untuk penduduk bumi.”

(Riwayat Imam Malik di dalam al- Muwatta’, no.1801 & hadis ini juga diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari di dalam al-Adab al-Mufrad, no.724)

Doa Ketika Petir 2

Doa lain yang Rasulullah sering amalkan ketika guruh adalah daripada hadis riwayat Abdullah bin Umar, baginda membaca doa ini;

اللَّهُمَّ لَا تَقْتُلْنَا بِصَعْقِكَ، وَلَا تُهْلِكْنَا بِعَذَابِكَ، وَعَافِنَا قَبْلَ ذَلِكَ

Maksudnya: “Ya Allah! Janganlah Engkau membunuh kami dengan kemarahanmu dan janganlah Engkau binasakan kami dengan azabMu serta ampunilah kami sebelum daripada itu.”

Selain itu, disunatkan juga untuk bertasbih ketika mendengar guruh disamping berdoa supaya dilindungi daripada bencana dan keburukan dari makhluk-Nya.

Doa Ketika Hujan Lebat

Petir juga seringkali diiringi dengan hujan.

Di sini disertakan sekali doa yang boleh dibacakan ketika hujan atau hujan lebat.

NOTA: Doa ketika hujan adalah termasuk antara waktu doa yang mustajab, jadi jangan lepaskan peluang untuk berdoa ketika waktu tersebut ya!

1. Doa Ketika Turun Hujan

ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺻَﻴِّﺒًﺎ ﻧَﺎﻓِﻌًﺎ
Maksudnya: “Ya Allah turunkanlah pada kami hujan yang bermanfaat.”
(HR al-Bukhari 1032 & HR Nasa’i 1506)

2. Doa Apabila Hujan Lebat

ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺣَﻮَﺍﻟَﻴْﻨَﺎ ﻭَﻟَﺎ ﻋَﻠَﻴْﻨَﺎ,ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﻋَﻠَﻰ ﺍلآكَاﻡِ ﻭَﺍﻟﻈِّﺮَﺍﺏِ ﻭَﺑُﻄُﻮﻥِ ﺍﻟﺄَﻭْﺩِﻳَﺔِ ﻭَﻣَﻨَﺎﺑِﺖِ ﺍﻟﺸَّﺠَﺮِ
Maksudnya: “Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami, bukan untuk merosak kami. Ya Allah, turunkanlah hujan di dataran tinggi, bukit-bukit, perut lembah & tempat tumbuhnya pokok-pokok.”
(HR al-Bukhari 957 & HR Nasa’i 1510)

3. Doa Selepas Hujan Turun

ﻣُﻄِﺮْﻧَﺎ ﺑِﻔَﻀْﻞِ ﺍﻟﻠﻪِ ﻭَﺭَﺣْﻤَﺘِﻪِ
Maksudnya: “Kita diberi hujan kerana kurnia & rahmat Allah..”
(HR. al-Bukhari 846, 980, 3832, HR Muslim 104 & HR Abu Daud 3407)

DOA KETIKA ANGIN KENCANG

عَنْ عَائِشَة رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا عَصَفَتِ الرِّيحُ، قَالَ: اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا، وَخَيْرَ مَا فِيهَا، وَخَيْرَ مَا أُرْسِلَتْ بِهِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا، وَشَرِّ مَا فِيهَا، وَشَرِّ مَا أُرْسِلَتْ بِهِ.

Daripada ‘Aisyah rah berkata: Apabila ada angin kencang bertiup Nabi saw berdoa:
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا، وَخَيْرَ مَا فِيهَا، وَخَيْرَ مَا أُرْسِلَتْ بِهِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا، وَشَرِّ مَا فِيهَا، وَشَرِّ مَا أُرْسِلَتْ بِهِ.

Yang bermaksud: Ya Allah! Ya Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu akan kebaikan angin ini dan kebaikan apa yang terkandung di dalamnya, serta segala kebaikan yang dibawanya, dan aku memohon perlindungan dengan-Mu daripada keburukan angin ini dan keburukan apa yang terkandung di dalamnya serta segala keburukan yang dibawanya.

[H.R Muslim]

Akhir kata, menurut Ustaz Abdul Basit Abdul Rahman, kita juga boleh mengamalkan sunnah-sunnah yang telah Rasulullah ajarkan untuk dapat pahala lebih antaranya merasai hujan, tidak mengutuk hujan, angin dan seumpamanya, berdoa apabila mendengar guruh dan petir, mengambil kesempatan untuk doa memohon hajat dan memohon diberikan kebaikan dan dijauhkan keburukan.

Semoga menjadi amalan yang bermanfaat untuk semua.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×