Nur

Doa Ketika Hujan Amat Mustajab, Ini Bacaan Yang Dianjurkan Nabi SAW

64
SHARES
Doa ketika hujan

Tahukah anda, doa ketika hujan adalah antara doa yang mudah makbul dan mustajab.

Hujan terkandung 1001 rahmat dari Allah dan merupakan tanda kasih sayang Allah pada makhluk-Nya
sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud.

“Dan Kami turunkan air daripada langit berupa hujan yang penuh dengan keberkatan dan manfaatnya sekali gus menyuburkan tanaman serta kebun dengan hasil yang lumayan yang dituai.” (Surah Qaf ayat 9).

Bahkan berdoa ketika hujan tergolong antara doa yang tidak ditolak sebagaimana disebutkan daripada Sahl bin Sa’ad RA, Rasulullah SAW bersabda:

“إِثْتَتَانِ لَا تُرَدَّانِ: الدُّعَاءُ عِنْدَ النِّدَاءِ، وَتَحْتَ الْمَطَرِ”.

أخرجه الحاكم، كتاب الجهاد، حديث رقم 2534، عن سهل بن سعد رضي الله عنه، وقال: هذا حديث صحيح الإسناد ولم يخرجاه.

Maksudnya: “Dua doa yang tidak akan ditolak: Doa ketika azan atau selepas daripada azan dan doa ketika turunnya hujan.” (Hadith riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, no. 2534)

Baca juga: ANTARA 6 WAKTU PALING MUSTAJAB UNTUK BERDOA & DIKABULKAN HAJAT

Berikut adalah doa yang dianjurkan untuk kita baca ketika hujan.

Doa Ketika Hujan (Berdasarkan Hadith Sahih)

Nabi SAW mengajarkan kepada umatnya apabila melihat hujan turun agar berdoa dengan doa ini.

Doanya pendek saja, iaitu:

ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺻَﻴِّﺒًﺎ ﻧَﺎﻓِﻌًﺎ

Maksudnya: “Ya Allah turunkanlah pada kami hujan yang bermanfaat.”

(Hadis riwayat al-Bukhari no. 1032, an-Nasaie, no. 1532, Ibn Majah, no. 3890, Ahmad, no.23448)

Doa ketika hujan

Pengajaran Doa / Hadith

Imam Ibn Hajar (jilid 2, halaman 668-669) dalam mensyarahkan hadith ini mengatakan:

“Bahawa doa ini adalah mustahab (sunat dan digalakkan) dibacakan selepas turunnya hujan bagi menambahkan lagi kebaikan dan keberkatan serta menjauhi musibah daripada sebarang kemudharatan.

Menjadi amalan Nabi SAW apabila melihat awan atau pun hujan turun maka Baginda SAW akan berdoa kepada Allah SWT agar awan atau hujan tersebut membawa rahmat bukannya musibah sebagaimana yang disebut dalam sebuah hadith:
عَنْ عَائِشَةَ زَوْجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَقُولُ : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ الرِّيحِ وَالْغَيْمِ عُرِفَ ذَلِكَ فِي وَجْهِهِ وَأَقْبَلَ وَأَدْبَرَ فَإِذَا مَطَرَتْ سُرَّ بِهِ وَذَهَبَ عَنْهُ ذَلِكَ قَالَتْ عَائِشَةُ فَسَأَلْتُهُ فَقَالَ إِنِّي خَشِيتُ أَنْ يَكُونَ عَذَابًا سُلِّطَ عَلَى أُمَّتِي وَيَقُولُ إِذَا رَأَى الْمَطَرَ رَحْمَةٌ. أخرجه مسلم في صحيحه كِتَابٌ : صَلَاةُ الِاسْتِسْقَاءِ، بَابٌ : التَّعَوُّذُ عِنْدَ رُؤْيَةِ الرِّيحِ وَالْغَيْمِ وَالْفَرَحُ بِالْمَطَرِ، حديث رقم 899.

Maksudnya:

Daripada Aisyah RA, isteri Nabi SAW berkata:

” Rasulullah SAW apabila melihat mendung di langit, Baginda berganjak ke depan, ke belakang atau beralih masuk atau keluar dan berubahlah raut wajahnya. Maka apabila hujan turun, Baginda mula menenangkan hatinya dan hilanglah kekhuatirannya.

Lantas Aisyah berkata; “Maka saya pun menanyakan hal itu , lalu Baginda menjawab: “Saya khuatir, kemungkinan ini menjadi azab yang ditimpakan ke atas umatku.” Dan ketika melihat hujan turun Baginda bersabda: “(Ini adalah) rahmat.” (Hadith riwayat Muslim, no. 899)

Kesimpulan

Pendek saja doa ketika hujan kan?

Bolehlah kita hafal dan baca selalu lepas ni memandangkan berdoa ketika waktu itu adalah antara waktu yang mustajab.

Kita amat dituntut untuk berdoa ketika turunnya hujan agar kita dijauhkan daripada segala bala bencana.

Semoga Allah SWT menjadikan setiap hujan yang turun itu sebagai rahmat dan keberkatan daripada-Nya.

Insha Allah!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×