Nur

Doa Mencari Barang Hilang Agar Ditemui / Dikembalikan Semula

232
SHARES
DOA BARANG HILANG

DOA BARANG HILANG

Manusia ni Allah kurniakan sifat lupa.

Kadang-kadang barang yang selalu kita gunakan pun kita boleh terlupa kat mana letaknya.

Macam baru tadi ada dekat tangan, tak tahu kenapa susah nak ingat letak kat mana.

Puas dahh cari tak jumpa juga.

Lepas ni kalau ada barang-barang yang hilang boleh cuba amal doa barang hilang di bawah ini:

DOA BARANG HILANG AGAR DITEMUI / DIKEMBALIKAN

DOA 1

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمِ لاَ رَيْبَ فِيهِ، اِجْمَعْ عَلَيَّ ضَآلَّتِي

Maksudnya: “Wahai Tuhan Yang Menghimpunkan menusia di hari yang tidak ada ragu-ragu lagi padanya, himpunkanlah aku dengan barangku yang hilang itu.”

(Dibaca sebanyak 10 kali)

Baca juga: Doa Selepas Azan Amat Mustajab! Ini 5 Adab Ketika Azan Untuk Kita Amalkan

doa cari barang hilang

DOA 2

Ada tambahan doa lagi yang boleh anda baca:

اللّهُمَّ أجِرْنِي فِيْ مُصِيْبَتِيْ وَاخْلُفْنِيْ خَيْرًا مِنْهَا

ALLAHUMMA AJIRNI FII MUSIIBATII WAKHLUFNI KHOIRAN MINHA

Maksudnya: “Ya Allah berilah ganjaran atas musibah yang menimpaku ini, dan gantilah dengan yang lebih baik daripadanya..”

DOA 3

Atau anda juga boleh merujuk doa barang yang hilang dalam rumi seperti dalam gambar di bawah ini:

“Allahumma ya jami’an nasi li yaumin la raiba fihi, ijma’ baiia wa baina dlallati fi khairin wa ‘afiyah.”

Maksudnya: “Ya Allah, wahai Tuhan yang mengumpulkan semua manusia di hari yang tiada ragu lagi padanya. Pertemukan aku dan barangku yang hilang dengan kebaikan dan ‘afiyah.”

Baca juga: Doa Ketika Petir, Guruh, Kilat, Hujan Lebat & Angin Kencang

Anda boleh berdoa dengan apa-apa doa dalam apa jua bahasa, yang disenaraikan di atas adalah antara contoh doa yang boleh anda panjatkan untuk mengembalikan barang yang dicuri atau hilang itu.

Semoga bermanfaat.

*Sumber: Jabatan Mufti Negeri Sembilan / Murtadha Dakwah Centre

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×