DIY & Kraf

DIY Bath Bomb Surprise Bersama Anak Di Rumah, Dijamin Selamat Dan Menyeronokkan

53
SHARES

“Mama..nak bath bomb surprise!!”

Bath bomb surprise memang terkenal dalam kalangan anak-anak yang sering menonton video review mainan di sosial media. Bila keluar jalan bersama anak, mereka pasti tercari-cari bath bomb surprise. Memandangkan ia memang sukar dicari dan harga yang sedikit mahal, sebenarnya, anda boleh buat bath bomb surprise sendiri di rumah kerana bahan yang diperlukan senang dapat dan hasil yang lebih banyak dan memuaskan.

BAHAN DIPERLUKAN UNTUK BATH BOMB SURPRISE

1 cawan baking soda

1/3 cawan citric acid

1/3 cawan epsom salt

3 sudu besar tepung jagung

1 sudu minyak kelapa

Pewarna makanan

Essential oils

Mainan kecil

CARA-CARA

Campurkan baking soda, epsom salt dan tepung jagung ke dalam mangkuk yang besar. Gaulkan semua bahan hingga sebati.

Dalam bekas yang lain, campurkan minyak kelapa, pewarna dan essential oils dan kacau sebati. Tuang larutan ini ke dalam mangkuk tadi sedikit demi sedikit secara perlahan-lahan. Sambil itu, gunakan sudip atau sarung tangan untuk gaul campuran tadi. Tekstur yang tepat akan menjadi sedikit lembap dan pastikan ia tak berat dan terlampau basah.

Tambah citric acid dan gaul sebati. Jika campuran tadi terlalu kering, semburkan sedikit lagi air. Masukkan bath bomb anda ke dalam bekas berbentuk telur atau trey ais serta ia perlulah disumbat dengan cepat hingga padat. Selitkan mainan kecil ke dalam untuk surprise anak anda. Biarkan bath bomb tersebut di dalam bekas yang kering selama satu malam.

MUDAH & SELAMAT

Bahan seperti citric acid, baking soda dan epsom salt kebiasaannya digunakan dalam keperluan harian anak-anak. Jadi, ibu bapa tak perlu risau lagi dengan bahan yang digunakan kerana ia pasti selamat digunakan.

Senang kan? Mama papa boleh buat aktiviti ini bersama-sama anak di rumah pada hujung minggu ni 🙂

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×