DIY & Kraf

DIY Dapur Gas & Oven Mainan Untuk Anak. Bajet Bawah RM50!

3.6K
reads

“Tekun betul dia main masak-masak. Mana taknya, siap ada dapur gas semua. Kalau beli ni, mesti mahal harganya. Kalau buat sendiri, agak-agak susah tak ya?”

Bila bawa anak bermain di play area macam Kidzoona, permainan masak-masak inilah antara yang menjadi kegemaran mereka. Walaupun di rumah ada dibelikan set pinggan mangkuk dan periuk, tapi mungkin tak ramai yang memiliki dapur gasnya sekali.

Jadi, untuk perkongsian kali ini, kami ingin mengetengahkan idea DIY yang jimat dan menarik untuk anak anda. Hasil tangan Puan Assilah Razib ini memang kreatif dan nampak real. Paling best, bajetnya pula tak sampai RM50! Tak payah pening kepala nak beli di Toys r’ Us atau mana-mana kedai mainan.

Mari kita ikuti cara membuat dapur gas dan oven kanak-kanak dengan menggunakan sebuah rak kecil.

Cara DIY Dapur Gas & Oven Mainan Untuk Kanak-kanak Dengan Bajet Bawah RM50

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan dengan anggaran harganya sekali.

Bahan-bahan

  • Rak kecil (Saya beli di Giant, RM22.90)
  • Spray – suka hati nak jenis dan warna apa (Saya beli di Ace Hardware, RM11.90)
  • Hook- warna asal biru, tapi saya dah spray macam dalam gambar. (Saya beli di Mr DIY, RM3.00)
  • Magnet silver (optional) – terpulang nak guna atau tidak. Saya buat tampal di bahagian tombol bagi nampak real. (Saya dapatkan di kedai alat tulis RM4.90)
  • Glue tack Fabercastell (Memang dah ada kat rumah, tak ingat harga)
  • Print gambar dari internet. Kalau nak yang berkualiti, print guna glossy sticker saiz a4. (Harga lebih kurang RM1.50/sehelai termasuk upah print di kedai)
  • Gunting

Cara-cara

Caranya mudah saja. Rasanya kalau tengok gambar pun dah boleh faham.

1. Spray

Mula-mula spray keseluruhan rak mengikut warna pilihan.

Spray hingga rata dan biarkan kering. Jika perlu, spray lagi sekali supaya warnanya lebih kukuh.

Saya spraykan sekali hook yang akan digunakan untuk menggantung perkakas dapur nanti.

2. Print

Cari gambar yang sesuai untuk ditampal di pintu oven dan bahagian atas dapur gas. Boleh google terus ‘vector kid kitchen’, ‘printable kitchen stove kids’, atau apa-apa keyword yang berkaitan.

Kalau gambarnya macam pecah, boleh trace semula menggunakan apa-apa software yang biasa digunakan. Tapi terpulanglah, sekadar nak main-main dengan anak di rumah.

Macam saya, saya minta suami saya yang trace semula guna Adobe Illustrator.

3. Gunting & Tampal

Seterusnya, gunting kertas yang telah di print dan tampalkan di tempatnya.

Magnet pula ditampalkan sebagai tombol untuk mengawal api.

4. Letak Hook

Akhir sekali, lekatkan hook untuk menggantung segala perkakas masak-masak – periuk, kuali, senduk, dan sebagainya. Lekatkan di dinding yang diletakkan dapur gas ini bila dah siap.

Saya lekatkan dengan glue tack saja.

Mudahnya, Anak Tentu Suka!

Dengan bajet di bawah RM50, dah boleh dapat mainan yang dah lama diidamkan oleh anak. Mungkin ada yang nak gunakan kotak, caranya sama juga. Cuma kalau gunakan rak, ia lebih kukuh dan tahan lama. Senang nak dibuka dan ditutup.

Jadi, apa lagi. Bolehlah cuba buat untuk anak masing-masing. Boleh juga mengisi masa lapang di waktu cuti sekolah. Anak mesti leka dan tambah seronok nak bermain di rumah.

Selamat mencuba.

 

*Perkongsian idea DIY dapur gas dan oven untuk anak ini disumbangkan oleh Puan Assilah Razib. Ia diterbitkan semula dengan kebenaran beliau. Untuk sebarang pertanyaan, boleh merujuk post asal di SINI.

Yang Popular

To Top