Famili

‘Divorce Is Not Bad’- Farah Lee Nasihat Jangan Tipu & Sorok Hal Penceraian Dari Anak

849
SHARES

Setiap pasangan suami isteri pasti mahukan yang terbaik untuk perkahwinan mereka. Tiada siapa mahukan pengakhiran seperti penceraian berlaku. Namun jika sudah takdri Allah, kita sebagai umat islam haruslah percaya dengan takdir Allah SWT. Setiap ujian yang diberikan pasti ada hikmah di masa akan datang dan kehidupan harus diteruskan.

Baca juga: 6 Tips Mudah Menyuruh Anak Tanpa Perlu Jerit & Marah-Marah, Menjadi!

PENCERAIAN ITU TAK TERUK SEPERTI YANG KITA ANGGAP

Menjengah ke laman Instagram milik Farah Lee atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli, dia berkongsi jawapan apabila ditanya bagaimana mahu menjelaskan kepada anak tentang penceraian yang berlaku dalam keluarga.

Menurut Farah yang juga bekas isteri kepada pengacara Ally Iskandar, dia hanya berterus terang kepada anaknya tentang apa yang berlaku antara dia dan bekas suaminya.

Q: Macam mana nak bagitau anak2 yang ibu bapa dia sebenarnya dah bercerai.?

FL: Dengan bagitahu anak2 yang ibu bapa dia sebenarnya dah bercerai.

Saya katakan kepada dia, ibu bapanya bercerai kerana masalah tertentu yang sama sekali tidak ada kaitan dengannya. Keputusan itu tidak ada kaitan dengan kehadirannya, tingkah lakunya, atau hanya dia. Kedua ibu bapanya telah berusaha keras dan ini adalah keputusan terbaik untuk kita semua. Itu tidak kira bentuk keluarganya; jarak; kedua ibu bapanya akan selalu menyayanginya.

Anda fikir pada usia dua tahun, dia akan faham.? Tidak, dia tak faham. Tetapi saya tetap memberitahunya, kerana ‘perceraian’ adalah sebahagian dari dirinya dan dia MEMPUNYAI HAK untuk mengetahui mengenainya.

Sekarang, dia sudah faham, dia bahkan menjelaskan kepada anak-anak usianya apa maksud perceraian.

Beritahu mereka segera. Lebih baik melibatkan mereka dalam perbincangan anda jika anda belum memutuskannya sehingga mereka merasa disertakan. Mereka mempunyai hak untuk mengetahui (terlibat) kerana mereka adalah SEBAHAGIAN KELUARGA, dan keputusan itu mempengaruhi pembentukan keluarga mereka.

JANGAN MENIPU & SOROK DARIPADA ANAK-ANAK

Perkongsian Farah menerima komen positif daripada warganet dan rata-rata setuju dengan penjelasan yang diberikan selain bersetuju penceraian itu bukan sesuatu yang teruk.

 

Sumber: Instagram & Facebook Farah Lee

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×