Kini Trending

Disamun & Dibunuh, Tular Video Menyayat Hati Anak Menangis Sebelah Mayat Ibu

20
SHARES

Satu video tular di media sosial semalam memaparkan seorang kanak-kanak dilihat sedang menangis di sisi mayat seorang wanita dipercayai ibunya.

Kejadian itu berlaku di Kampung Titingan, Tawau kira-kira jam 7 malam dan difahamkan wanita berkenaan disamun sebelum lehernya dikelar menggunakan pisau atau objek tajam.

Baca juga: Ibu Maut Dipijak Kawanan Gajah Liar Di Kawasan Rumah

TULAR VIDEO MENYAYAT HATI ANAK MENANGIS SEBELAH MAYAT IBU

Mangsa dan anaknya berusia satu tahun dalam perjalanan ke rumah kakaknya yang terletak kira-kira 300 meter dari rumah sewanya.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Champin Piuh, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 7.26 malam, lapor Sinar Harian

“Sebaik tiba di lorong yang gelap, mangsa dipercayai disamun dan mangsa cuba melawan. Rantai leher serta subang dipakainya hilang,” ujarnya.

Siasatan masih diteruskan untuk mengesan suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian ini boleh memaklumkan kepada bilik gerakan IPD Tawau untuk tindakan seterusnya.

Sumber: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×