Rakyat

Ibu Maut Dipijak Kawanan Gajah Liar Di Kawasan Rumah

71
SHARES

Kawanan gajah liar mengamuk dan menyerang sebuah rumah penduduk di Kampung Simoi, Pahang awal pagi semalam. Kejadian kira-kira jam 4 pagi itu menyebabkan seorang wanita Orang Asli, Wak Angkat Yok Tong, 39, mati akibat anggota badannya dipijak-pijak oleh binatang liar tersebut.

Baca juga: Lelaki Terpaksa Tunggu Atas Pokok Hampir 2 Jam, Gajah Tak Nak ‘Masuk’ Hutan

IBU MAUT DIPIJAK KAWANAN GAJAH LIAR DI KAWASAN RUMAH

Kredit: Kosmo Online

Menurut Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd. Noor, pihaknya menerima maklumat mengenai kematian wanita itu pada pukul 4.40 pagi semalam.

Mangsa difahamkan bersama 8 ahli keluarga sedang tidur di dalam rumah kayu dinding buluh dan terletak berhampiran kawasan kebun getah.

“Ketika menceroboh kebun pisang di kawasan itu, kawanan gajah liar dipercayai telah menarik din­ding rumah keluarga mangsa dan menyebabkan kediaman itu bergo­yang.

Kredit: Kosmo Online

“Akibat tarikan serta goyangan yang kuat, kesemua sembilan ahli keluarga tersebut tersedar daripada tidur dan masing-ma­sing kemudiannya melarikan diri dalam keadaan gelap,” ujarnya.

Mayat Wak Angkat ditemui di dalam kawasan pokok pisang dan dibawa ke Unit Forensik Lipis untuk bedah siasat. Ibu saudara yang merupakan jiran mangsa, Norfini Ajik, terbangun daripada tidur selepas mendengar jeritan kuat dari rumah mangsa.

Orang kampung terkejut melihat keadaan mangsa yang cedera parah dan sudah tidak bernyawa lagi di kebun pisang. Penduduk berharap pihak berkuasa mengambil tindakan supaya kemasukan gajah liar di kampung tersebut.

Sumber: Kosmo Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×