Famili

Dipanggil Lelaki Tak Dikenali, Dua Murid Hampir Jadi Mangsa Culik Di Luar Pagar Sekolah

Di Gua Musang, Kelantan, dua pelajar sekolah rendah hampir diculik oleh dua lelaki dalam kejadian di hadapan sebuah sekolah dalam tempoh dua hari berturut-turut minggu ini.

Kejadian pertama berlaku kira-kira jam 5 petang pada Isnin lalu dan melibatkan murid perempuan tahun empat selepas Kelas Asas Fardu Ain (KAFA).

Baca juga: Bapa Bakar Anak Hidup-Hidup Sebab Tak Siapkan Kerja Sekolah

DIPANGGIL LELAKI TAK DIKENALI, DUA MURID HAMPIR JADI MANGSA CULIK

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, kejadian kedua pula berlaku di lokasi dan waktu sama tetapi membabitkan murid lelaki tahun satu pula, lapor Kosmo Online.

“Kedua-dua murid terbabit dipanggil oleh dua lelaki yang tidak dikenali untuk menaiki kenderaan mereka. Dalam kejadian pertama Isnin lalu, dua lelaki terbabit didakwa menaiki kereta jenis Perodua Kancil berwarna putih yang berada di seberang jalan telah memanggil murid perempuan itu,” ujarnya.

Kejadian kedua pula difahamkan dua lelaki itu menaiki kereta Perodua Myvi berwarna kelabu dan bertindak memanggil seorang murid lelaki. Pelajar lelaki itu tidak menghiraukan panggilan berkenaan dan beredar.

Pihak polis akan membuat rondaan di kawasan sekolah berkenaan ketika waktu tengah hari semasa sesi persekolahan tamat dan petang iaitu selepas KAFA.

Siasatan lanjut masih dijalankan dan pihak polis berharap ibu bapa dapat mengambil anak masing-masing tepat pada masanya selain menasihatkan anak mereka tidak bermain di luar pagar sekolah.

Sumber: Kosmo Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×