Famili

“Dapat Pegang Tangan Anak-Anak Saya…”- Ibu Teruja Dapat Tangan Palsu Baharu, Sebak…

48
SHARES

Seorang ibu telah dilahirkan dengan separuh dari salah satu tangannya kudung dan digantikan dengan anggota palsu ketika berusia baru berusia enam bulan. Terbaharu, Amy Brown dari Ashford, Kent mendapat lengan baharu bionik 3D untuk dirinya.

Dana yang dikumpul berjaya memberi nafas baharu buat Amy kerana boleh memegang tangan anak lelakinya ketika menlintas jalan bersama-sama. Itu merupakan satu perkara yang luar biasa dan dia sangat gembira.

Baca juga: 13 Tahun Hidup Dengan Kepala Senget, Gadis Ini Bersyukur Dapat ‘Nyawa Baharu’

IBU TERUJA DAPAT TANGAN PALSU BAHARU, SEBAK

Memetik laporan Daily Star, teknologi revolusioner telah membuatkan Amy mampu menggenggam sesuatu dan memegang tangan kedua-dua anaknya ketika melintas jalan.

Jelas Amy, sebelum dia mendapat tangan baharu, dia sering menyembunyikan diri kerana malu dan lengan palsu ini boleh digunakan untuk mereka yang berusia lapan tahun ke atas.

“Untuk buka dan tutup saya rasa saya dapat melakukannya dengan cepat, tetapi untuk mengangkat ibu jari, saya mengambil masa kira-kira empat minggu.” jelas Amy.

Dia juga berkata lengan bionik itu adalah ‘nyawa baharu’ untuknya. Ini bermakna dia boleh membawa anak lelakinya keluar bersiar-siar tanpa perlu bergantung pada orang lain.

“Dapat memegang kedua-dua tangan anak lelaki saya semasa kami menyeberang jalan, untuk membawa mereka ke taman tanpa perlu bergantung kepada orang lain, adalah sesuatu yang menakjubkan.” luahnya.

Sumber: Daily Star

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×