Famili

Dah Mula Buat Tabung Pendidikan Anak-Anak? Ini Manfaat Yang Anda Boleh Dapatkan Daripada Simpanan Tersebut!

43
SHARES

Sebagai ibu bapa, kita sentiasa akan fikirkan masa depan anak-anak kita. Daripada lahir lagi macam-macam ibu bapa dah rancang perkara-perkara penting demi menjamin masa depan anak-anak betul tak?

Antara perkara yang selalu sangat di fikiran ialah mengenai simpanan untuk pembelajaran anak-anak! Kalau simpan dari awal, sekurang-kurangnya tak pening kepala bila anak-anak nak melanjutkan pelajaran nanti kan?

Medium pilihan yang paling famous menjadi pilihan ibu bapa tak lain tak bukan ialah Simpan SSPN! Tapi dalam anda menyimpan tu sebenarnya ada banyak manfaat yang anda boleh dapatkan tau! Jom admin huraikan dengan lebih lanjut!

Boleh dapat pelepasan cukai ke atas sumbangan takaful tahun semasa

Simpan SSPN merupakan satu-satunya produk simpanan yang menawarkan manfaat pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan sehingga RM8,000 setahun yang telah dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2024. Ia merupakan insentif istimewa kepada pendeposit Simpan SSPN yang memberikan kelebihan berbeza berbanding produk simpanan lain di pasaran. 

Terdapat dua (2) kategori kelayakan iaitu Ibu bapa sebagai pendeposit Simpan SSPN layak mendapat pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan sehingga RM8,000 setahun setiap seorang sekiranya membuat taksiran cukai secara berasingan.

Manakala, ibu bapa sebagai pendeposit yang membuat taksiran cukai bersama layak mendapatkan pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000 setahun untuk satu pasangan.

Ibu bapa yang membuat simpanan di dalam Simpan SSPN Plus sebenarnya layak menerima pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM11,000 iaitu sebanyak RM8,000 bagi simpanan bersih di dalam Simpan SSPN Plus dan RM3,000 bagi caruman takaful.

Bagi pendeposit yang memilih skim pencen pula layak menikmati pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM15,000 iaitu sebanyak RM8,000 bagi simpanan bersih dalam Simpan SSPN Plus dan RM7,000 bagi caruman takaful.

Maklumat lanjut boleh rujuk di sini: https://www.ptptn.gov.my/PelepasanTaksiranCukai/

Tips extra: Pastikan anda buat transaksi sebelum akhir tahun supaya dapat pelepasan taksiran cukai pendapatan untuk tahun ini!

Manfaat perlindungan takaful 

Simpan SSPN Prime juga menawarkan manfaat perlindungan takaful ke atas pendeposit. Inilah keistimewaan Simpan SSPN yang memberikan manfaat perlindungan takaful percuma secara Ringgit ke Ringgit kepada pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke atas sekiranya berlaku kematian/ ilat kekal menyeluruh kepada mereka.

Geran Sepadan Sehingga RM10,000

Geran Sepadan adalah insentif kewangan yang ditawarkan kepada pendeposit yang berpendapatan tidak melebihi RM4,000 sebulan apabila penerima manfaat iaitu anak-anak mendaftar masuk ke Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh kerajaan. Ini juga salah satu usaha kerajaan bagi memastikan golongan berpendapatan rendah menikmati manfaat penabungan yang berganda.

Nikmati kadar dividen kompetitif

Anda juga berpeluang untuk menikmati kadar dividen yang kompetitif berdasarkan kepada peningkatan pelaburan dan trend prestasi deposit Simpan SSPN yang membanggakan setiap tahun, PTPTN menjangkakan pemberian dividen Simpan SSPN bagi tahun 2023 akan meningkat berbanding tahun 2022.

Patuh syariah, simpanan dijamin kerajaan & layak memohon pinjaman PTPTN!

Paling best, tak perlu pening-pening fikir sekiranya anak anda layak atau tidak untuk memohon pinjaman PTPTN, sebab bila dah ada akaun Simpan SSPN ni, terus status kelayakan tu menjadi layak untuk memohon!

Sekarang ni kalau buka akaun atau deposit simpanan dalam  Simpan SSPN, anda berpeluang untuk join Cabutan WOW! Simpan SSPN 2023  kategori Cabutan Tahunan & Cabutan WOW! Y.E.S 2023

Ada dua kategori yang anda boleh sertai iaitu Cabutan WOW! Y.E.S dan juga Cabutan Tahunan.

Bagi kategori cabutan tahunan, anda boleh rujuk gambar dibawah ni! Saguhati pun dapat banyak! Bestnyaaaa! Tarikh tutup sehingga akhir Disember 2023 ni je tau, jadi jangan berlengah lagi!

Boleh klik di SINI untuk maklumat lanjut

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania)

Ha, Johan pun dah ajak join tu takkan tak join kan? Tapi sebelum tu muat turun aplikasi myPTPTN dulu!

Anda hanya perlu ikut sahaja cara-cara di atas ni. Jangan risau, transaksi melalui platform selain myPTPTN juga diterima!

So guys, tak perlu pening kepala fikir mengenai simpanan kewangan anak-anak, masuk je dalam akaun Simpan SSPN sekarang!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×