Kini Trending

[AMARAN] Hampir Semua Negeri Dijangka Hujan Lebat Sehingga Februari 2023

57
SHARES

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangka hujan berlanjutan sehingga Februari 2023 di semua negeri Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Garis badai adalah garisan ribut petir yang terbentuk akibat penumpuan angin dan boleh berlarutan sehingga beberapa jam.

Baca juga: DBKL Kecewa Sikap ‘Belum Merdeka’, Pokok Hiasan Habis Hancur Dipijak

HAMPIR SEMUA NEGERI DIJANGKA HUJAN LEBAT SEHINGGA FEBRUARI 2023

Kebanyakan kawasan di Semenanjung dijangka hujan pada paras purata di antara 100 milimeter (mm) hingga 450 mm kecuali Hulu Perak, Kelantan dan Terengganu yang dijangka menerima hujan pada purata 100 mm hingga 200 mm.

Manakala, Sarawak dan Sabah pula beberapa buah kawasan tumpuan berisiko menerima hujan melebihi purata sehingga 350 mm dalam satu tempoh masa.

Keadaan hujan dijangka berlarutan sehingga Februari tahun depan dengan taburan hujan pada paras purata 100 mm hingga 450 mm yang lebih tinggi melibatkan negeri Sabah serta Labuan menjelang Disember dan Januari nanti.

Monsun Timur Laut lazimnya akan bermula pada November dan berakhir pada Mac 2023. Negara akan menerima tiupan angin yang konsisten dari arah timur laut di antara 10 hingga 20 kilometer per jam.

Beberapa siri hujan lebat yang menyeluruh juga dijangka akan berlaku terutama kawasan pantai timur dan barat Sarawak.

Sumber: Facebook Met Malaysia 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×