Famili

CU Malaysia Kolaborasi Dengan Snek Popular, Menu Baharu Super Ring Cheezy Corn

2
SHARES
Super Ring Cheezy Corn

Sebut sahaja CU Mart pasti anda terfikir-fikir mengenai  corndog yang disukai ramai oleh rakyat Malaysia. Terbaharu, CU Malaysia memperkenalkan satu kerjasama menarik iaitu cheezy CORN dengan snek ikonik Super Ring, “CU X Super Ring Cheezy Corn.”

CU menggabungkan snek paling disukai di Korea dan digemari di Malaysia untuk menjadikan makanan lebih memukau. Ini adalah satu bukti komitmen CU dalam menyediakan produk berkualiti tertinggi sambil memberikan pengalaman yang unik dan dipilih khas untuk pelanggan kami.

KOLABORASI TERHEBAT: CU X SUPER RING CHEEZY CORN

Super Ring Cheezy Corn

Kerjasama ini agak mencabar kerana gabungan dua ikon dari dua negara berbeza untuk dijadikan satu snek yang menyatukan kenangan.

Siri CU X Super Ring cheezy corn ini meningkatkan signifikan dalam kualiti dengan saiz yang lebih besar dan lebih sedap untuk memuaskan cita rasa lapisan masyarakat.

Bukan sekadar snek, ia merupakan kepuasan dan kenikmatan yang dedikasikan oleh CU kepada pencinta cheezy corn. Lebih menarik lagi, setiap pembelian CU X Super Ring cheezy corn akan mendapat 14g Super Ring secara percuma.

Super Ring CHEEZY CORN akan mengubah landskap pengambilan snek yang menawarkan pengembaraan rasa yang benar-benar serasi dengan rasa Malaysia.

Ia adalah snek yang sempurna bagi sesiapa yang mencari snek yang baru dan memuaskan yang menggabungkan kenangan dengan inovasi.

Kolaborasi istimewa ini tersedia sehingga 23 Disember 2023. Kunjungi ke outlet CU berdekatan anda untuk merasai kelazatan gabungan ini. Rugi kalau tak cuba!

Untuk maklumat lanjut sila layari https://nicetocu.com.my/ 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×