Kewangan

Cara Tukar Akaun KWSP Syariah Daripada Akaun Konvensional. Online Pun Boleh

4.6K
SHARES
akaun kwsp syariah

Ketika pertama kali dikuatkuasakan pada 8 Ogos 2016, ramai yang beratur panjang untuk mendapatkan kuota terhad akaun syariah ini di KWSP.

Namun kini simpanan syariah telah dibuka untuk semua ahli dan ia merupakan suatu pilihan simpanan bagi ahli yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP mengikut prinsip syariah.

Malah, bukan Muslim pun boleh pilih akaun Syariah ni.

Kelebihan Akaun KWSP Syariah

Berikut adalah antara kelebihan Akaun Syariah KWSP

  • Membantu ahli menyediakan simpanan persaraan yang diuruskan secara patuh syariah untuk kegunaan ahli dan keluarga terutamanya untuk menunaikan ibadah haji dan umrah tanpa sebarang keraguan dan was-was ke atas sumber dana.
  • Memastikan simpanan ahli tidak digunakan bagi tujuan yang bercanggah dengan syarak terutamanya riba (faedah), maysir (perjudian) dan gharar (ketidak pastian di dalam kontrak) yang sering terdapat di dalam pelaburan di dalam perbankan konvensional dan insuran.
  • Membantu ahli (sekiranya meninggal dunia) menyediakan dana yang halal (simpanan ahli) untuk diagihkan kepada waris sebagai pusaka.

3 Cara Menukar Akaun KWSP Konvensional Kepada Akaun Syariah

Ringkasnya, ada 3 cara nak buat penukaran simpanan KWSP dari konvensional ke syariah iaitu melalui:

1) Kaunter Kwsp
2) Kwsp mobile team
3) Online

*Jika penukaran dibuat melalui kaunter KWSP dan KWSP Mobile, dokumen yang diperlukan hanyalah MyKad.

Bagi yang nak buat online pula, jom tengok langkah-langkah nak buat penukaran ke simpanan syariah melalui i-Akaun oleh Siti Noor Laily Ruslan ni. Simple je!

Cara Daftar Akaun KWSP Syariah Secara Online

1. Login i-Akaun

Mula-mula sekali, kena ada i-Akaun untuk login.

Bagi yang belum ada, boleh daftar di kaunter KWSP untuk dapatkan Kod Pengaktifan dan ID sementara. Lepas tu bolehlah login dan update info dalam tu.

*Boleh rujuk step-by-step cara daftar i-Akaun KWSP online di SINI.

akaun kwsp syariah

2. Klik ‘Register Now’

Bila dah login, akan keluar paparan skrin macam ni.

Dekat bawah status tu ada tulis ‘Your EPF account is currently not syariah compliant’.

Jadi maksudnya akaun kita masih konvensional.

Click ‘register now’ untuk daftar akaun syariah KWSP.

3. Sahkan Butiran

Sahkan butiran yang tertera dan tekan butang next.

Pastikan nombor telefon dalam tu dah update sebab lepas ni nak request TAC melalui nombor telefon tu.

4. e-Akad

Bila dah baca e-Akad, tick dalam kotak kecil tu.

Seterusnya klik next.

akaun kwsp syariah

5. Pengesahan TAC

Request TAC.

Kemudian macam biasa masukkan no TAC yang telah dihantar dekat nombor telefon kita.

Klik confirm.

6. Tunggu Notifikasi

Bila dah siap proses tadi, akan keluar page acknowledgement macam ni.

Nanti kita akan terima mesej notifikasi melalui SMS dan email bagi memaklumkan status penukaran ini.

7. Semak Status

Akhir sekali, paparan ni akan keluar bila kita dah buat ikut semua langkah tadi.

Nampak kan status simpanan syariah ‘approved‘.

 

Mudah kan?

Perbezaan Akaun Syariah KWSP Dengan Akaun Konvensional

Tahun lalu, KWSP mengumumkan bahawa dividen bagi tahun 2018 adalah 5.90% bagi akaun syariah, manakala simpanan konvensional sebanyak 6.15%.

Mungkin ramai yang belum betul-betul jelas apa lagi perbezaan akaun syariah dengan akaun biasa / konvensional.

Berikut adalah maklumat terperinci berkaitan kedua-dua akaun ini yang diperolehi melalui KWSP.

Mudah Kan? Jangan Tunggu Lagi, Jom Tukar Ke Akaun Syariah KWSP

Jadi kita sebagai umat Islam wajib mencari keuntungan dari sumber yang berkat dan halal tanpa unsur-unsur riba, arak, judi atau mana-mana aspek yang meragukan.

Jom bertukar sekarang!

 

*Cara penukaran akaun KWSP Syariah melalui i-Akaun di atas dikongsikan oleh Siti Noor Laily Ruslan menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Sebarang pertanyaan dan info lanjut boleh rujuk post asal beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×