Rumah

Cara Tanam Ros Jepun Dari Keratan Batang. Mudah Jaga, Cepat Berbunga & Cantik!

37
SHARES
cara tanam ros jepun

Ros Jepun atau nama saintifiknya Portulaca Grandiflora memang ramai peminatnya kan? Cara tanam ros Jepun ni sebenarnya mudah dan ia juga sejenis tanaman yang tidak sukar untuk dijaga.

Kebiasaannya bunga ros Jepun yang memiliki warna-warna yang terang seperti merah, kuning dan putih.

Yang uniknya, ia istimewa berbanding bunga lain kerana berbunga tidak mengikut musim dan hanya mengambil masa seminggu dari tempoh semaian untuk mengeluarkan bunga.

Bunganya pula akan mengembang dari jam 9.30 pagi hingga 3 petang bergantung pada keadaan cuaca.

Satu lagi keistimewaan ros jepun ialah bunga ros Jepun ini bagaikan perumah bagi serangga-serangga baik termasuklah serangga pendebungaan seperti lebah kelulut dan kumbang yang secara tidak langsung mampu meningkatkan pendebungaan dalam proses hasil pertanian.

Ros Jepun juga tidak cerewet seperti kebanyakan bunga lain dan mudah membiak.

Jadi dalam artikel ini, kami berbesar hati ingin berkongsikan cara tanam ros jepun yang mudah oleh Nur Farahana Johan.

Cara Tanam Ros Jepun Dari Keratan Batang

Kisahnya, pernah tak Ros Jepun jadi macam ni?

Kalau dah jadi macam ni jangan panik, maksudnya pokok Ros Jepun ni kena tanam balik.

Jadi saya nak tunjukkan cara tanam Ros Jepun ni dalam pasu.

Boleh gunakan pasu berisi tanah baru atau cungkil pokok-pokok yang kering tu dan kerat bahagian yang masih subur.

1. Gemburkan Tanah

Sebelum nak tanam semula, gemburkan tanah.

Kalau tanah tu keras bolehlah bagi sikit air biar mudah digembur.

Kemudian saya campurkan dengan tanah kompos.

cara tanam ros jepun

2. Ambil Keratan Batang

Siap gembur tanah, ambil keratan pokok yang masih elok tadi utk tanam semula.

Pastikan keratan tu panjangnya 2 ruas pada jari.

Buangkan daun kat bahagian bawah keratan tu. Boleh tinggalkan dalam 2-3 helai daun saja.

cara tanam ros jepun

3. Cucuk

Tadaaaa.. dah siap cucuk dah.

Saya tanam rapat-rapat sikit supaya nanti daunnya merimbun. Nak tanam jarak-jarak pun ok je.

4. Letakkan Tempat Yang Kena Cahaya Matahari

Akhir sekali, letak Rps Jepun ni dekat tempat panas ya.

Baja sekali seminggu atau 2 kali seminggu. Boleh cuba ya.

cara tanam ros jepun

Hasilnya Selepas 2 Minggu

Ini hasilnya lepas 2 minggu.

Pastikan korang letak Ros Jepun ni di tempat yang kena cahaya matahari sebab dia suka panas-panas ni.

Selamat mencuba!

cara tanam ros jepun

Cantik kan bila dah kembang?

 

*Cara tanam ros jepun ini dikongsikan oleh Nur Farahana Johan II menerusi Facebook. Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan tentang tips tanam ros jepun, sila rujuk pada posting asal beliau di SINI.

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×