Deko & Hias

Cara Tanam Pokok Kesum Dalam Polybag, Semaian Confirm Menjadi!

3
SHARES

Daum kesum merupakan antara daun kegunaan semasa memasak masakan Melayu seperti asam pedas, laksa dan sebagainya. Sebenarnya untuk tanam pokok kesum ini senang sahaja akan tetapi ada juga yang susah untuk tanam walaupun pelbagai cara telah dilakukan.

Walau bagaimanapun, pokok kesum ini adalah sejenis tumbuhan yang boleh tumbuh dalam air malah boleh hidup di atas tanah juga. Oleh itu, cara penanaman bergantung kepada setiap individu dan keberhasilan pertumbuhan pokok kesum itu sendiri.

Baca juga: Tips Membaja Kunyit Untuk Banyakkan Hasil, Jimat Tak Payah Beli!

Jom tanam pokok kesum. Sebenarnya saya dah banyak kali mencuba semai pokok kesum berbagai cara, tapi kaedah ini paling sesuai sebab peratus semaian hidup sangat tinggi.

Petik pucuk pokok kesum.

Kerat separuh daunnya.

Kemudian, rendam dengan air tetapi separuh sahaja tau pada bahagian polybag.

Letakkan di tempat yang teduh. Tujuan rendam polibag agar tanah sentiasa basah.

Alhamdulillah 2 minggu dah hidup dan dah mula berpucuk baru serta akar pokok kesum dah terkeluar dari polybag tersebut. Masa ini dah boleh alihkan ke tanah ataupun ke dalam pasu lain.

Semoga perkongsian ini bermanfaat pada semua.

Sumber: Facebook Ibrisam Wossali 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×