Rakyat

Ini Cara Reset Password MySejahtera, Mudah Je!

137
SHARES

Aplikasi MySejahtera antara aplikasi penting untuk kita semua dan perlu ada di dalam telefon pintas masing-masing. Ini kerana bagi memudahkan urusan vaksin dan kuarantin Covid-19.

Kalau anda lupa kata laluan aplikasi MySejahtera juga, jangan risau. Anda sentiasa boleh mengemaskini kata laluan anda pada bila-bila masa. Ikuti untaian di bawah untuk panduan lanjut. Terlupakan sesuatu itu bukan perkara yang luar biasa.

Baca juga: Apa Perlu Buat Bila Penerbangan Ditunda? Ini Pampasan Pengguna Boleh Tuntut

INI CARA RESERT PASSWORD MYSEJAHTERA

1. Buka aplikasi MySejahtera. Klik Lupa Kata Laluan di bahagian bawah skrin.

2. Masukkan MySejahtera Used ID dan klik im not a robot. Jika MySejahtera User ID anda adalah nombor telefon, pastikan ia bermula dengan angka 6. (Contoh: 601xxxxxxxx)

3. Pilih petak yang berkenaan. (Langkah ini adalah ciri keselamatan MySejahtera)

4. Selepas itu, satu pautan untuk set semula kata laluan akan dihantar melalui SMS ataupun emel.

5. Klik pautan yang ada dalam SMS dan satu halaman sesawang akan dibuka.

6. Masukkan kata laluan baru di ruangan New Password. Sahkan kata laluan anda di ruang Re-enter password dan tekan butang Reset Password.

7. Selesai! Anda berjaya mengemaskini kata laluan yang baru. Sila log masuk menggunakan kata laluan baru anda.

Moga bermanfaat.

Sumber: MySejahtera

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×